in ,

Video Khai Bahar Malu Mic Terbalik Ketika Program MeleTOP Jadi Viral

Pelantun lagu Luluh, Khai Bahar telah mencuri perhatian peminat seni hiburan tanah air dalam program hiburan terbitan Astro iaitu MeleTOP, semalam.

Ia melibatkan aksi lucu penyanyi berkenaan yang dilihat memegang mikrofon secara terbalik ketika ingin memulakan nyanyian pada program secara langsung tersebut.

Susulan itu, Khai menerusi Instagram miliknya memberitahu bahawa perkara itu tidak disengajakan selain mengakui berasa malu akan insiden melucukan itu.

Jelas Khai, perkara itu berlaku disebabkan dia berasa amat teruja ketika hendak menyampaikan lagu ciptaan sendiri itu di depan peminat yang hadir.

“Assalamualaikum… Khai minta maaf sangat mic terbalik, saya terlalu teruja kerana ramai penyokong di depan.

“Saya ingin melambai-lambai sehingga tak perasan mikrofon tersebut terbalik,” Khai berkata demikian menerusi entri di Insta story miliknya.

Dalam pada itu, Khai juga sempat berterima kasih kepada pengacara terkenal, Nabil kerana menjadi ‘penyelamat’ dengan memeluknya yang ketika itu dalam keadaan malu.

“Terima kasih abang Nabil Ahmad kerana menyelamatkan saya semalam,” ujarnya.

Khai-Bahar-Malu-Mic-Terbalik-Ketika-Program-MeleTOP

Khai-Bahar-Malu-Mic-Terbalik-Ketika-Program-MeleTOP-1

Aksi mencuit hati yang berlaku secara spontan itu mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata terhibur dengan insiden berkenaan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh mStar Online itu telah ditonton lebih 100,000 kali melalui laman Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem THE COMMUTER

Betul Ke Kereta Izreen Dicat Dengan Tulisan ‘Perampas Laki Orang’