in , ,

Video House Tour Syatilla & Sam Raih 1 Juta Tontonan di Youtube, Netizen Sangka Riak!

Pasangan popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin juga merupakan antara selebriti yang turut mempunyai laman YouTube mereka yang diberi nama, SamTilla TV.

Ternyata, mereka juga memiliki ramai subscriber dimana kini telah mencecah 262 ribu yang rata-ratanya akui seronok melihat gelagat keluarga selebriti ini. Apatah lagi, sikap sempoi Syatilla Melvin mahupun Shaheizy Sam yang cukup sempoi membuatkan warganet bertambah menyukai mereka.

Syatilla dan Sam telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata yang cukup comel. Cahaya mata yang sulung diberi nama Syeriv Samheizy dilahirkan pada 9 Mei 2017. Manakala cahaya mata kedua diberi nama Sarima Samheizy dilahirkan pada 16 April 2019.

Terbaru, perkongsian video dilaman Instagram Syatilla Melvin dimana dia dan Shaheizy Sam menunaikan janji untuk membawa peminat tour rumah mereka mencuri tumpuan ramai.

Meskipun belum siap, pasangan ini menepati janji mereka dan berkongsikan keadaan dan bahagian rumah yang dihias mereka sendiri.

“Walaupun belum siap sepenuhnya tapi janji tetap janji!!! Nak tunggu siap mungkin lambat lagi, so kami tunjuk apa yang ada je ok?…” ujarnya disamping memberitahu bahawa video penuh boleh dilihat menerusi laman YouTube mereka.

Walaupun belum siap sepenuhnya tpi janji tetap janji!!! Nk tunggu siap mgkin lambat lagi,so kami tunjuk apa yg ada je ok?😎full video tgok kat youtube SAMTILLA TV 

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian peminat dan followers pasangan ini apabila rata-rata mereka memuji sikap mereka yang sempoi dan sporting.

Manakan tidak, lihat saja gelagat pasangan ini yang turut diselitkan dengan lawak spontan mereka yang membuatkan ramai terhibur dan dalam pada masa yang sama, netizen memuji sikap Sam yang dikatakan seorang yang tidak sombong.

Ada juga netizen yang merasakan mereka riak pada awal video walau bagaimanapun, ternyata tidak kerana Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sangat kelakar.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janna Nick Rimas Peniaga Online Desak Buat IG Review

Meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan di Era Covid-19