in , ,

Janna Nick Rimas Peniaga Online Desak Buat IG Review

Kebanyakan selebriti Instagram kini mempunyai bakat tersendiri sehingga mampu untuk menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan hanya dengan menggunakan sosial media di telefon pintar mereka.

Apatah lagi, laman sosial kini telah menjadi satu medium untuk mengemaskini aktiviti seharian mereka. Content atau isi kandungan yang menarik, yang kelakar, yang menghiburkan pasti akan menjadikan seseorang itu menjadi influencer popular malah lebih dikenali oleh warganet dari selebriti. Dengan memiliki ramai pengikut juga, ia menjadi satu bonus dan kelebihan kerana sesetengah pengguna Instagram dapat memulakan peniagaan atau melakukan ig review. 

Walau bagaimanapun, mungkin kerana itu jugalah selebriti terkenal menjadi pilihan peniaga khususnya peniaga online untuk meminta agar artis atau influencer turut memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

Pun begitu, satu luahan daripada Janna Nick meraih perhatian warganet apabila dia didesak untuk post apa yang diberi peniaga kepadanya sehingga membuatkan dirinya juga merasa kurang senang.

Apatah lagi, dia tidak melakukan ig review tetapi menolong peniaga namun itu bukanlah tiket baginya untuk menipu peminat dan pengikutnya jika makanan yang diberi itu tidak sedap lalu diberitahu sebaliknya.

Kesal dengan sikap segelintir peniaga yang terlalu mendesaknya untuk melakukan ulasan produk mereka, Janna Nick memuat naik video meluahkan rasa kurang senang tentang perkara itu.

View this post on Instagram

Assalamualaikum kepada semua.. Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham… Sy mintak maaf Kalau saya bangkit kan isu ni… • ( Kalau ada Yang DM, “ janna saya nak mintak janna promote business sy, janna saya nak janna review makanan saya” ) • Saya memang tak buat.. • • Tapi Kalau ada Yang DM ( janna , saya nak bagi janna rasa makanan saya..harap janna sudi ) • Saya akan terima & Saya akan post Kalau memang sedap…. • • Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain Yang tengok video Saya makan…lepas Tu “ TAK SEDAP “ Tapi Saya cakap “ SEDAP “…. • • Jangan risau ok..Saya pun selalu scroll2 IG business and beli makanan Yang Saya teringin…even Saya beli pun…kalau memang sedap..Saya akan tetap buat shout out.. • • Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS… Cuma peti ais rumah saya dah penuh..😭 sampai mak Saya bising la Sb banyak sangat makanan orang hantar…Saya bersyukur sangat…orang bagi makanan…Tapi bagi la pada Yang lebih memerlukan…kalau Saya nak…Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak…bagi je la…kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah… Ampun 🙏 @sephia.my @whitefluffy.my

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Menurut Janna, dia melakukan IG review tanpa meminta sebarang bayaran namun perkara itu atas dasar budi bicaranya. Ujarnya, dia tidak menghalang peniaga mahu menghantar barangan tetapi tidak boleh menganggap semuanya patut dipromosikan.

“Saya terima banyak makanan dan saya okay awak nak bagi terima dengan hati terbuka takkan nak tolak kan… tapi bila ada yang tanya bila nak post kita punya, bila nak buat video kami?”

“Pertamanya saya buat ni percuma memang tak caj, ikhlas tapi bila dah jadi macam ni seperti komitmen kerja pula nak kena post. Kalau anda buat bisnes online mesej nak bagi makanan saya terima tapi tak boleh anggap sebagai komitmen kena post.

“Sebab ada masa saya dapat makanan rasa dia kurang sedap, jujur cakap tapi takkanlah saya nak buat story dan beritahu tentang benda ini. Saya bukan tak support online bisnes tapi you all pun kena ikhlas bagi bukan mengharapkan balasan posting sebagainya, itu lebih ikhlas!,”

– Janna NIck

Janna turut mendedadahkan ada peniaga yang pernah hantar barang sebelum ini, menghantar produk mereka lagi tanpa bertanya terlebih dahulu, malah tidak segan untuk mendesaknya untuk memuat naik lagi ulasan baru.

Janna berkata dia turut melakukan ulasan barangan untuk rakan-rakannya yang baru berjinak dalam bisnes atas talian yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, akhir luahannya itu Janna memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kata-katanya itu.

Janna Nick juga meminta maaf kerana menbangkitkan isu berkenaan. Namun begitu, rata-rata warganet turut setuju dengan luahan selebriti ini dan pelakon terkenal, Uqasha Senrose juga meninggalkan komen setuju.

Berlainan pula dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengambil inisiatif melakukan ulasan percuma free promo review menerusi IG Story bagi membantu golongan peniaga makanan yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Penyanyi lagu Basyirah itu cuba membantu sedaya upaya mempromosikan makanan termasuk juadah berbuka puasa dan biskut raya yang diterimanya.

Kalau kita dapat lihat, setiap hari, ada sahaja makanan dan juga produk yang sampai di tangan Dato Seri Siti Nurhaliza dan dipromosikan di IG Story beliau. 

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Kebanyakan muat naik ulasan makanan untuk peniaga dapat memberikan mereka rezeki tambahan.

“Rezeki dari Allah, saya cuma jadi pengantara dan membantu apa yang termampu. Saya gembira apabila mendapat mesej langsung (DM) daripada peniaga yang tak menang tangan menerima tempahan.

“Subhanallah, Alhamdulillah, kita sama-sama membantu dalam situasi getir ini,” katanya.

“Semoga kalian berjaya dalam perniagaan. Semoga Allah memberikan rezeki buat kalian dan saya juga,” tulisnya.

– @ctdk

Bagi memudahkan mereka melihat semula ulasan yang dilakukan, ibu kepada Siti Aafiyah ini meletakkannya dalam ruangan ‘highlight’ di IG.

Usaha murni Tokti untuk membantu peniaga dalam talian ini telah mendapat pujian daripada warganet yang mengatakan Tokti sedikit pun tidak berkira dan bermurah hati walaupun pengikut Instagram beliau telah meningkat sehingga mencecah 7.4 juta setakat ini.

Sekian dulu BULETIN VIRAL untuk kali ini. Jangan lupa untuk menulis sebarang komen dan juga pendapat anda di ruangan komen kat bawah ini. Kepada anda yang belum subscribe, budiey nak jemput anda semua supaya tekan butang subscribe dan loceng notifikasi. 

What do you think?

38 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selepas Kena ‘Sound’ Dengan Rosyam Noor, Ini Penjelasan Zul Yahya

Video House Tour Syatilla & Sam Raih 1 Juta Tontonan di Youtube, Netizen Sangka Riak!