in

Video Chester Linkin Park Ucap Selamat Hari Raya

[dropcap]L[/dropcap]ebih kurang 3 hari je lagi, Konsert Linkin Park di Malaysia yang dinantikan oleh sekalian peminat akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil iaitu pada 19 Ogos 2013 jam 8 malam. Korang dah ada tiket ke belum nih? Haaa, kalau takde, Budiey ada je tiket. Budiey hanya ada dua tiket ekstra untuk diberikan kepada anda semua. Budiey dah tweet kat Twitter, tanya berapa orang yang nak, fuh ramai giler nak tiket nih. Tiket tak banyak, jadi jika korang mahu tiket ini, Budiey akan berikan dengan syarat anda semua masuk peraduan atau kuiz di entri ini. Sila tengok kat ruangan bawah sekali ya!

Oh ya, beberapa hari lalu, semasa Budiey sambut hari raya kat kampung, Budiey ada menerima satu pautan atau link video ucapan selamat hari raya daripada vokalis Linkin Park iaitu Chester dan beliau menjemput anda semua hadiri konsert Linkin Park ‘Living Things’ World Tour Live In Malaysia 2013!

Tiket bagi menyaksikan konsert Linkin Park, ‘Living Things’ World Tour Live Di Malaysia 2013 bernilai RM95 (M3) dan RM550 (The Pit) telah habis dijual sekaligus menjadi petanda bahawa kumpulan muzik terkenal itu sudah bersedia untuk menghiburkan peminat mereka.

Tiket yang masih ada termasuk tempat duduk bebas iaitu RM195 (M2) & RM295 (M1), dan juga tiket berdiri bebas RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock) dan RM680 (VIP). Tiket boleh dibeli dengan melayari www.ticketcharge.com.my atau dengan menghubungi (+60) 3 9222 8811. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web: www.linkinparkmalaysia.com atau www.facebook.com/thewonderlandplus.

konsert Linkin Park, ‘Living Things’ World Tour Live Di Malaysia 2013

 

PERADUAN MENANG TIKET KONSERT LINKIN PARK DI MALAYSIA – BUDIEY.COM

Anda Nak Memang Tiket Konsert Linkin Park di Malaysia? Senang je, anda hanya perlu cipta slogan kreatif, hantar kepada Budiey dan Tweet slogan ini di Twitter @budiey.

Slogan: Saya ingin ke Konsert Linkin Park di Malaysia sebab @budiey (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
18 Ogos 2013

Tajuk Email: Peraduan Menang Tiket Konsert Linkin Park Di Malaysia – Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Tiket akan diberikan kepada pemenang pada hari konsert berlangsung di luar stadium
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Linkin Park Fans Gear Up For Show with New Merchandise

Samsung Inspires Children Through GALAXY Camera