in ,

Video Baby Shima Rebah Pengsan di Konsert BIG STAGE

Konsert minggu kedua program realiti, Big Stage kecoh apabila salah seorang peserta, Baby Shima jatuh, rebah dan pengsan selepas selesai membuat persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sebaik selesai menyampaikan lagu KU TAK AKAN BERSUARA yang dipopularkan Nike Ardilla, Baby Shima rebah dan pengsan hingga mengejutkan penonton di auditorium termasuk yang menyaksikan siaran langsung program itu di rumah.

Baby Shima dilihat terus terbaring hingga suasana menjadi kecoh terutama apabila petugas produksi bergegas mengangkat Baby Shima ke belakang pentas. Paramedik telah datang memberi bantuan dengan kadar yang segera.

Budiey ingat ke, kejadian tadi adalah gimik dari pihak produksi program ini tapi melihat pada keadaan yang agak panik dan segala berlaku sangat cepat itu, Budiey percaya penyanyi tersebut benar-benar tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, keadaan kembali tenang apabila produksi memaklumkan artis yang berasal dari Johor itu sudah sedarkan diri dan stabil.

Tidak lama selepas itu, pengacara Big Stage, Aliff Satar dan Sherry Alhadad telah memaklumkan kepada semua penonton bahawa Shima telah sedarkan diri. Dikejarkan ke hospital, difahamkan Shima jatuh pengsan kerana terlalu penat.

Pihak pengurusan Shima mengakui perkara tersebut.

“Shima ada persembahan malam semalam di Semedang, Indonesia dan sampai di Kuala Lumpur pada 3 petang tadi. Dia ada mengadu sakit kepala dan pada jam 6 petang tadi, Shima makan panadol.

“Sebelum naik ke pentas melakukan persembahan, Shima mengatakan badannya berada dalam keadaan lemah. Namun begitu, dia tetap meneruskan persembahan dan akhirnya pengsan. Saya tak sangka perkara ini terjadi,” kata wakil pihak pengurusan.

Baby Shima sebelum ini viral gara-gara video dimarahi oleh Mas Idayu dalam sebuah program realiti popular di Indonesia tersebar di sosial media.

Konsert kemudian diteruskan dengan seorang lagi peserta, Andi Bernadee yang menyanyikan lagu dari Kumpulan RIO.

Kini Shima sudah sedarkan diri tetapi pihak doktor mahu Shima berehat terlebih dahulu.

Video Penuh Baby Shima Nyanyi Lagu AKU TAK AKAN BERSUARA di Konser BIG STAGE

Di akhir konsert, Fara Hezel menjadi peserta pertama tersingkir.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Big Stage disertai 10 penyanyi iaitu Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Sayang Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan ke-61

Peraduan Jom Menonton Filem THE NUN