in , ,

Baby Shima Pelik Selalu Kena Kecam Walaupun Dia Ada Berbuat Baik 

Penyanyi lagu Lalai itu ditemui ketika majlis tontonan dan sidang media filem baharu, Biko di GSC The Starling Mall, semalam meluahkan rasa tak puas hati dengan kritikan netizen. Buat baik pun kena kecam!

Penyanyi sensasi, Baby Shima pelik sentiasa menerima kecaman meskipun melakukan perbuatan baik.

Lebih membuatkan Baby Shima rasa tidak adil apabila selebriti lain berimej lebih seksi menerima pujian, dirinya pula dikecam hebat.

“Saya perasan beberapa orang selebriti berpakaian lebih seksi, tayang lurah, payu dara, punggung, malah ada yang nampak seluar dalam, tetapi tak dikecam.

“Saya tak pernah tayang lurah, payudara, punggung atau seluar dalam, tetapi saya sentiasa menerima maki hamun.

“Entahlah, apa sahaja saya buat semua salah dan tetap dikecam.

“Saya beri makan kucing pun kena kecam, jadi takkan buat benda baik tak boleh. Namun, bila saya buat persembahan ramai pula datang tengok,” 

– Baby Shima

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli menegaskan, dia tidak pernah rancang buat perkongsian kerana ingin menarik perhatian atau mengundang kecaman netizen dalam laman sosial.

“Dalam media sosial, saya buat apa sahaja yang saya suka. Contohnya, saya suka menari, jadi saya menari.

“Saya rasa menari biasa sahaja, tetapi netizen tetap kecam.

“Jadi, bila mula dapat banyak kecaman, orang lain pun turut serta mengecam. Dari situ, saya tak pernah nak reka apa-apa hanya untuk mengundang kecaman.

“Sebab saya hanya mahu berseronok dengan apa yang saya buat,” 

– Baby Shima

Namun, Shima tidak menafikan pernah tertekan dan sedih dengan kritikan diterima.

Bagaimanapun, kini, katanya, dia menetapkan pendirian untuk terus melakukan perkara disukai.

“Dahulu, saya pernah rasa penat sebab macam-macam kecaman dihadapi. Namun, bila fikir balik, kalau saya layan kerenah netizen yang bencikan saya, saya lagi sedih.

“Sebab bila sedih, tiada siapa yang boleh bantu. Jadi, saya hanya buat apa yang saya nak, janji tidak lebih-lebih dan tak kacau orang,” 

– Baby Shima

Bagaimanapun, Shima mengakui, dia tetap bersyukur masih menerima doa dan teguran baik dari ustaz bertauliah dan menghargai pesanan dititipkan.

“Ada ustaz terus menghubungi saya sekiranya mahu menegur. Saya suka sebegitu.

“Kalau nak tegur, buatlah secara peribadi tanpa memberitahu orang ramai.

“Sebab apabila orang tegur secara terbuka, saya akan dapat makian dan hinaan.

“Saya tak kisah orang nak tegur, tetapi jangan secara terbuka. Seperti ustaz bertauliah tegur, saya terima,”

– Baby Shima

Penyanyi lagu Lalai itu ditemui ketika majlis tontonan dan sidang media filem baharu, Biko di GSC The Starling Mall, semalam.

Selain Baby Shima, filem arahan Teng Bee yang akan ditayangkan pada 13 Oktober ini dibarisi pelakon Azrel Ismail, Sara Ali dan Syed Irfan.

Shima turut menyanyikan lagu runut bunyi filem berjudul Cinta Darimu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rossa

Konsert Rossa 25th Shining Years Concert di Malaysia Pada 2 November Ini

Hasnol | 17

Hasnol Akui Tiada Pendapatan Tetap, Cerai Isteri Talak Satu