in ,

“Minum Susu Pun Salah, Lainlah Kalau Minum Arak!” – Baby Shima

Penyanyi dangdut sensasi Baby Shima menyelar dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sengaja mengundang perhatian menerusi aksi minum botol susu baru-baru ini.

Kata pemilik nama penuh Nor Asha Ramli itu, kecaman tidak seharusnya dilemparkan kepadanya kerana minuman yang diambil ialah berasaskan tenusu, bukannya alkohol.

“Minum susu pun salah.

“Lainlah minum arak, ada-ada saja,” katanya dalam satu perkongsian InstStory.

Dalam pada itu, dia juga mengajak orang ramai untuk mendapatkan produk tersebut sekiranya teringin untuk merasai kembali pengalaman minum dengan menggunakan botol susu.

“Siapa yang teringin nak minum susu botol macam saya, boleh buat pesanan ya.
“Tahulah ramai yang tidak pernah rasa dan asyik mengata tetapi malu sebenarnya bukan?
“Entah-entah anda semua pun nak mencuba, mari pesan dengan saya. Kita-kita sahaja yang tahu dan tidak cerita pada orang lain,”

– Baby Shima

Baru-baru ini, pelantun lagu Roadblock Hatiku itu mengundang rasa kurang senang dalam media sosial apabila memuat naik video minum air daripada bekas berbentuk botol susu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Semasa di Set Filem Jemputan Ke Neraka

LEGOLAND® Malaysia Perkenal Atap Peneduh Baharu di MINILAND