in ,

VIDEO: Arja Lee Ajak Shima Anuar Kahwin, Mahu 10 Anak?

Agak klise sangat soalan yang jadi tajuk kat entri ini. Tak kisahlah korang nak cakap apa. Jawapan kepada soalan itu ada dalam video yang Budiey letakkan di entri ini. Tengok je video kat atas ye. Ada sebab keluar kenyataan dari Arja Lee ya, so kena tonton video ni, baru korang faham apa maksud sebenar Arja Lee.

Anda boleh tonton video pengakuan ikhlas dari Arja Lee ini. Bukan apa, rasanya lebih baik kita tanya tuan empunya badan, samada dia betul-betul cinta atau tak. Bagaimana Arja Lee terpikat dengan Shima Anuar, apa karakter Shima Anuar yang membuatkan Arja Lee terpaut dan terpikat. Waah!

Arja Lee &Amp; Shima Anuar

[pullquote align=”right”]Ternyata, Arja Lee berterus terang tentang prinsip dan pendiriannya. Sepanjang mengenali Arja Lee, apa yang Budiey rasakan Arja seorang yang benar-benar ikhlas dan dia sangat suka memberi kerjasama. [/pullquote]

Di sebalik sesi temubual eksklusif bersama Arja Lee ni, mungkin ramai yang tertanya-tanya bayi siapakah yang dikendong Arja tu kan? Itu adalah anak kepada wartawan Portal Astro Gempak. Comel kan? Bukan anak Arja Lee, tapi Arja ni memang suka pegang baby, suka budak-budak dan pendek kata, Arja Lee ni jenis yang caring dan penyayang.

Jadi, sebab itulah Budiey ada cakap kat Arja Lee, suruh dia kawin cepat-cepat sebab memang best apabila dapat anak. Budiey pun nak anak tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki. Jadi, kepada Arja Lee cepat-cepat la kawin dengan Shima Anuar. Korang memang sesuai dan sepadan untuk hidup bersama. Sama elok, sama padan. Eh?

Bagi Arja, karier nyanyiannya masih di peringkat permulaan dan Budiey lihat beliau seorang yang gigih dan tak kenal erti putus asa. Terbaru, Budiey diberitahu, Arja Lee akan melancarkan single terbarunya. Budiey dah dengar sikit lagu tersebut dan Budiey rasa, lagu tersebut bakal memeriahkan lagi senario muzik untuk tahun 2014 ini. Apa yang Budiey perasan, suara Arja Lee ni ada gaya penyanyi Lelaki Ini – Anuar Zain. Tapi tidaklah seratus peratas sama. Arja Lee ada keunikan tersendiri.

Sekarang ini, Arja Lee sedang merancang untuk mengadakan majlis pelancaran single terbaru. Jadi, Budiey ucapkan selamat maju jaya buat beliau.

Arja Lee &Amp; Shima Anuar

Arja Lee &Amp; Shima Anuar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Minta Blogger Hiburan Agar Lebih Beretika

Ajai Muncul Dengan Single Terbaru ADUH