in , ,

Ustaz Abdul Karim Al-Makki Titip Pesan & Doa Agar Alif Satar Cepat Sembuh

Umum sedia tahu bahawa ketika ini Alif Satar, 30 sedang menjalani rawatan dan kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 semalam.

Rata-rata rakan artis, ahli keluarga dan sahabat handai telah mendoakan kesejahteraannya yang kini berada di salah sebuah pusat perubatan di Melaka.

Walaupun suasana agak kalut bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Alif, namun masing-masing berharap agar rakyat Malaysia dapat mendoakan kesejahteraan mereka serta ahli keluarga juga.

Terima Ucapan & Doa Dari Ustaz Abdul Karim

Dalam pada itu, Alif Satar telah berkongsi satu video kata-kata semangat dan doa buat dirinya daripada Ustaz Abdul Karim Al-Makki, iaitu Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ucap Terima Kasih & Faham Keadaan Pesakit Covid-19

Dalam muat naik yang dilakukan oleh pengacara Big Stage itu, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Karim serta semua insan yang sudi mendoakan kesihatannya.

Tambah Alif, dia amat memahami perasaan pesakit Covid-19 ketika ini apabila berdepan ujian tersebut.

Semoga Diberi Kesembuhan

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut meninggalkan komen yang positif kepada Alif Satar diatas ujian yang sedang dihadapi olehnya.

Mereka  juga menitipkan doa buat selebriti serba boleh terbabit agar diberi kesembuhan daripada wabak Covid-19 ini.

Ustaz Abdul Karim Al-Makki Titip Pesan &Amp; Doa Agar Alif Satar Cepat Sembuh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angah Raja Lawak | 23

Ini Tujuh Destinasi Pelancongan Di Negeri Selangor Yang Jauh Dari Khalayak Ramai

Nur Risteena | 24

Sebak Terpaksa Tunda Majis Nikah, Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena