in ,

Uqasha Senrose Bawa Watak Izzah Dalam TEATER OMBAK RINDU

Pelakon Uqasha Senrose bakal membawakan watak Izzah dalam teater Ombak Rindu yang akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 22 April depan.

Selain dirinya, turut membintangi naskhah terbitan CTRA Production itu ialah Keith Foo, Zarina Zainoordin, Zaidi Omar, Izzue Islam, Aris Lufias, Ameer dan Karl Shafek.

Sebelum ini, menerusi versi filem yang ditayangkan pada penghujung 2011, watak utama heroin dipegang oleh Maya Karin manakala karakter Hariz pula dijayakan Aaron Aziz.

Memetik laporan BH online, Uqasha yang buat pertama kali beraksi di pentas teater mengaku dirinya cukup teruja untuk menggalas tanggungjawab berkenaan. Pada masa sama, dirinya juga gementar dengan amanah yang diberikan kepadanya.

“Penerbitnya, Kak Roy (Siti Rohayah Attan) yang menawarkan saya peluang ini, beberapa hari lalu. Saya dimaklumkan bakal membawa dua karakter untuk pementasan teater ini.

“Saya memang terkejut dengan peluang ini kerana watak berkenaan bukan calang-calang. Ia pernah dilakonkan oleh Maya yang diakui sangat hebat bakatnya. Jujurnya, saya berfikir banyak kali untuk menerima tawaran ini.

“Begitupun selepas diyakinkan Kak Roy, saya menyahut cabaran berkenaan. Sudah tiba masanya juga saya mencabar kemampuan diri. Sebelum ini saya pernah beberapa kali mendapat tawaran dari Istana Budaya untuk berlakon teater, begitupun saya menolaknya kerana belum berani mengambil risiko. Insya-Allah saya akan cuba berikan yang terbaik untuk watak Izzah ini,” katanya.

Sebelum melangkah ke sesi latihan Ombak Rindu, Uqasha terlebih dulu akan melunaskan baki penggambaran drama, Tundukkan Playboy sehingga 23 Mac ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Anggun Bakal Nyanyi Lagu Dato’ Siti Nurhaliza

Harga Justin Bieber Dianggar Bernilai RM838 juta