in ,

Harga Justin Bieber Dianggar Bernilai RM838 juta

Genap usia 22 tahun, namun dalam usia semuda itu, bintang pop terkenal, Justin Bieber, dianggarkan punya nilai AS$200 juta (RM838 juta).

Menurut laporan Celebrity Net Worth, pendapatan Bieber dalam setahun adalah sekitar AS$60 juta (RM251 juta) hingga AS$80 juta (RM335 juta).

justin-bieber

Perolehan daripada jualan empat albumnya mencecah AS$16 juta (RM67 juta), AS$98 juta (RM410 juta) daripada tiga siri konsert jelajah, AS$6 juta (RM25 juta) bayaran sebagai duta dan jurucakap beberapa produk, dan AS$98 juta (RM410 juta) hasil kutipan filem Never Say Never.

Berasal dari Ontario, Kanada, Bieber yang lahir pada 1 Mac dibesarkan oleh ibunya yang (ketika itu) merupakan ibu tunggal, dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah.

Bakat Bieber dikesan pada usia 13 tahun oleh rakan kongsi bintang R&B, Usher, iaitu Scooter Braun.

Selain menyanyi, Bieber juga seorang komposer dan berkebolehan bermain beberapa alat muzik seperti drum, piano, gitar dan trompet.

Sumber: Malaysian Digest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uqasha Senrose Bawa Watak Izzah Dalam TEATER OMBAK RINDU

Muzik Video WORK Rihanna Trending di Youtube Malaysia