in , ,

Mafidz Hiburkan Peminat Di Showcase Solo Pertama

Seiring Lancarkan Album ‘Ada Angin & Hati’, Mafidz Hiburkan Peminat Di Showcase Solo Pertama!

Mafidz telah melancarkan album sulung mereka yang bertajuk ‘Ada Angin & Hati’ secara rasmi sekaligus mengadakan showcase solo pertama mereka di Angkasa Space, Cheras pada Sabtu lalu, (23/3).

Showcase muzikal di mana kesemua tiket habis terjual ini telah dihadiri para peminat dan juga penggiat seni tanah air. Kumpulan Kolar Hijau dan Margasatwa telah membuka tirai persembahan sebelum Mafidz tampil menghiburkan para hadirin dengan menyanyikan kesemua lapan lagu dari album mereka.

Mafidz Showcase  (f)

Mafidz turut memberi kejutan kepada para hadirin dengan mempersembahkan lagu baru bertajuk ‘Senandung’, hasil ciptaan mereka yang dinyanyikan secara duet bersama penyanyi dan penulis lagu, Otam. ‘Senandung’ mengisahkan tentang sikap seseorang yang bersangka baik dalam menghadapi cabaran dan dugaan dunia.

Menurut vokalis sekaligus pemain gitar akustik, Megat Fazly,

“Kami tak sangka tiket sold out dan sangat bersyukur ramai yang datang ke showcase solo pertama kami ini. Bukan hanya anak muda tetapi seluruh kalangan masyarakat dari muda hingga tua. Terima kasih kepada semua pihak termasuk media yang telah mendukung kami dan menjayakan showcase ini. Kami berusaha untuk tetap tulus dalam berkarya dan berharap muzik Mafidz akan terus diterima baik.”

– Mafidz
Mafidz Showcase  (e)

Disiapkan dalam tempoh hanya empat bulan, album ‘Ada Angin & Hati’ berisikan lapan buah lagu termasuk ‘Apa Jua Ceritanya’, ‘Bila Kau Dengar’ dan juga single pertama mereka bertajuk ‘Igauku’.

Dengan berkonsepkan kehidupan dan sifat manusia, album ini membicarakan banyak hal antaranya tentang perasaan dan tindakan setiap insan.

Selain itu, penggunaaan bahasa yang bersahaja dalam senikata lagu-lagu Mafidz bertujuan supaya mesej dalam lagu mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

“Banyak hal yang terjadi sepanjang proses pembikinan album pertama ini. Dengan masa dan equipment yang terhad, kami cuba untuk melahirkan karya yang berkualiti tinggi hasil sepenuhnya dari home studio kami sendiri. Untungnya, kami tinggal serumah dan ini memudahkan kami untuk meluangkan masa bekerja bersama-sama,”

– Megat Hafidz vokalis kumpulan Mafidz.

Sejak album ‘Ada Angin & Hati’ diterbitkan pada September 2018, album ini telah mendapat sambutan positif dari pendengar dan pengkritik muzik luar serta tanah air.

Membawa genre ‘Folk-Pop’ serta gabungan unsur-unsur muzik Nusantara, Mafidz mempunyai keinginan untuk memberi warna ke dalam industri muzik tempatan.

“Dengan kehadiran Mafidz, kami berharap muzik akan sentiasa menjadi salah satu cara untuk kita membawa pemikiran ke arah yang positif dan sedar bahawa seni dapat menyatukan,”

– Megat Aizzat, vokalis dan pemain cajón.

Tentang Mafidz

Mafidz merupakan ilham dari tiga beradik berbakat Megat Hafidz, Megat Fazly dan Megat Aizzat. Datang dari keluarga yang meminati seni, mereka menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa. Kesemua karya yang dihasilkan telah lahir dari “home studio” mereka sendiri yang bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dengan kekuatan bakat dan kelainan yang tersendiri, mereka melengkapi satu sama lain dan membentuk Mafidz pada awal 2016. Album pertama Mafidz bertajuk ‘Ada Angin & Hati’ telah diterbitkan pada September 2018 dibawah label Impact Diversified Consultancy. Untuk perkembangan terkini dan mengenali Mafidz dengan lebih dekat, boleh layari laman sosial mereka di Instagram (@mafidzofficial), Twitter (@mafidzofficial) dan Youtube (MAFIDZ OFFICIAL).

Mafidz Showcase  (a)
Mafidz Showcase  (b)
Mafidz Showcase  (c)
Mafidz Showcase  (d)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL Raih Kutipan RM5.3 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Penyanyi 90-an Mac Rahayu Kahwin dengan Sepupu