in , ,

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE

Mencuri tumpuan di media sosial, pakaian seragam baharu anak kapal Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, AirAsia telah diperkenalkan pada Isnin.

Selepas sebulan pesawat tidak beroperasi disebabkan jangkitan wabak Covid-19, akhirnya AirAsia memperkenalkan pakaian seragam baharu termasuk pakaian Personal Protective Equipment (PPE) untuk anak kapal. Kalau korang nak tahu pesawat domestik mereka akan beroperasi semula pada hari Rabu ini dan tujuan PPE dihasilkan adalah untuk melindungi anak kapal dan juga penumpang daripada wabak pandemik itu.

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE

Syarikat penerbangan ini nampaknya masih terus mengekalkan warna tema mereka iaitu merah dan putih pada pakaian seragam baharu ini. 

Manakala tarikh bagi pesawat antarabangsa pula untuk menyambung semula beroperasi masih belum mengetahui. Apa yang lebih menarik, pakaian seragam baharu itu adalah hasil rekaan pereka Los Angeles yang bernama Puey Quinones.

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE

Malah dia turut berkongsi gambar pakaian itu di laman Instagram serta menyatakan ianya merupakan rekaannya sendiri.

Naib Ketua AirAsia Filipina, Sheila Romera berkata PPE tersebut adalah amat selesa kerana ia adalah tidak tebal dan berat. Bukan tu jer, ia juga kelihatan bergaya dan sporty. Dah macam pemandu Formula Satu (F1) gais!

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE

The PPE is comfortable because it is not so thick and heavy yet it serves its purpose. I like that it’s chic and sporty-similar to what Formula One race car drivers wear. This fusion of fashion and safety will define the new standards of flying today.

I chose to have PPE material that is approved by the (Philippines) Department of Health to protect our Allstars. At the same time, the PPE is designed to announce that we are proudly AirAsia, and we will rise from this pandemic. I want to boost the morale of our staff when they wear this new uniform.

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE

Difahamkan, anak kapal AirAsia akan turut memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan AirAsia akan turut memperkenalkan tatacara pemakaian visor dan juga topeng muka.

Menariknya, walaupun pakaian seragam ini lengkap dengan peralatan pelindung diri, ianya tetap kelihatan sangat bergaya dan sporty sama dengan pakaian yang dipakai oleh pemandu kereta lumba Formula One.

Difahmkan syarikat ini akan menyambung semula penerbangan domestik bermula 29 April 2020 ke beberapa laluan domestik terpilih sahaja.

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE
Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE
Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Da’i Farhan Umum Hamil, Siap Ucap Terima Kasih Pada Covid-19

Nak Stock-Up Barang Keperluan, Sebelum Keluar Rumah Hadam Dulu Tips Ni!