in ,

Nak Stock-Up Barang Keperluan, Sebelum Keluar Rumah Hadam Dulu Tips Ni!

Barangan keperluan menjadi satu keutamaan sekarang ini. Tidak seperti sebelum ini, kita agak mudah untuk mendapatkan barangan keperluan. Sekarang kena beratur panjang dan terpaksa memakai topeng muka serta menjaga kebersihan serta jarak isolasi.

Terasa hendak keluar rumah dengan tujuan untuk membeli barang-barang keperluan ketika ini perlu ada perancangan. Ini penting sebagai langkah untuk menghindarkan diri daripada terdedah pada virus covid-19.

Ini sebagainya yang dikongsikan oleh saudara Khairi Safwan.

Nak Stock-Up

Tips Keluar Rumah Untuk Stock-Up Barang Keperluan(in RMO / MCO situation)

Setelah abam membuat rundingan bersama Doktor Kesihatan Awam (Nadiatul Nadic) kat rumah ni, kami telah bersepakat yg salah sorg kena keluar harini untuk stock-up barang2 rumah especially food.. yerlah, takkan hari2 nak nasik goreng je ye dak?? So dalam keadaan sekarang ni, tak boleh lah nak main redah je.. strategi kne cun utk minimize risk terdedah pada virus Covid-19 ni

Alright, jom start:

1. Bismillah (or whatever prayer you believe in)

2. Jangan panik.. kalau panik, apa pon tak jadi

3. Decide sape yang nak keluar.. if possible, yang laki lah.. sbb nak angkut2 barang ni kena pakai strength lah sikit lagipun kalau bagi ppn takut kang 2-3 jam tak habih lg.. elakkan keluar berpasangan and paling utama jgn bawak kids or warga tua

Sambungan pada gambar2 kat bawah:

Prepare dgn barang2 ni:

1. Face mask – ada yg cakap tak payah sbb virus ni bkn airborne.. tp malas ah nak amek risk, alang2 dah ada pakai jelah

2. Gloves – pakai yg baru and disposable

3. Pakai pakaian bukan fevret.. sbb nanti kena terus basuh and kalau perlu, kena buang (tapi abam tak buang laa, baju beli Houston kot.

4. Shopping bag – untuk elakkan dari pakai trolley.. mcm ni abam bawak 2.. 1 utk barang kering and 1 untuk basah

5. Kalau korang ada lebih dari 1 kereta, pilih kereta yang korang rasa takkan pakai kalau tiba2 terpaksa bawak family keluar.

Shopping mall/supermarket

1. Pilih mall yang parking system dia tak payah tekan button untuk keluar tiket.. macam mall ni dia pakai QR code (fancy kan? Tp menyusahkan sbnarnye.. lol)

2. Park dekat level pasaraya tu.. ni untuk elakkan korang terpaksa naik lif

3. Seboleh mungkin elakkan pegang handrail ataupon pintu

Trolley:
Tadi ada shopping bag kan? Kalau takde, pakai jelah trolley ni tapi make sure korang sanitize dulu handle dia okay pastu nak membawang sikit hehe.. td ade laki bini ni pegi shopping.. yg bini lengkap gloves and mask.. yg laki rileks je seluar pendek siap.. pstu dia nk ambik trolley bini tak bagi.. tp sbb ego kot dia ambik jugak.. ni nak pesan.. virus ni tak kenal laki ke ppn ke kuat ke lemah ke.. dlm satu keluarga tu kena lah sama-sama ambik berat pasal isu ni.. takde guna bini hang protected kalau hang terdedah.. balik rumah kang anak2 hang pulak berisiko.. k done bawang.

What do you think?

838 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE

Khabar Angin Kim Jong Un Sudah Mati, Adik Ganti Pimpin Korea Utara?