in

Isteri Da’i Farhan Umum Hamil, Siap Ucap Terima Kasih Pada Covid-19

Isteri kepada Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi tak sangka dan teruja setelah mengetahui dirinya kini berbadan dua. Tahniah!

Isteri kepada Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak sangka dan teruja setelah mengetahui dirinya kini berbadan dua. Menerusi laman Instagram, wanita berusia 40 tahun itu memberitahu pada mulanya beliau hanya menyangka mengalami angin akibat puasa selepas loya dan muntah.

Walau bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk membeli alat ujian kehamilan selepas seorang pekerja di stesen minyak menegur keadaan dirinya yang kelihatan tidak sihat.

Isteri Da’i Farhan Umum Hamil, Siap Ucap Terima Kasih Pada Covid-19

Dah 5 tahun tak pernah fikir nak cari benda ni

“Pagi ni pergi cari juga benda ni. Rasa macam dapat anak pertama je dia punya teruja bila bagi dua calit kat situ.

“Alhamdullilah rezeki Ramadan, Covid-19 terima kasih sebab bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ye,”

Isteri Da’i Farhan Umum Hamil, Siap Ucap Terima Kasih Pada Covid-19

Walaupun sedar masih terlalu awal untuk berkongsi perkara tersebut, tetapi beliau meluahkan perasaan teruja setelah lama tidak mendapat berita gembira seperti itu.

Isteri Da’i Farhan Umum Hamil, Siap Ucap Terima Kasih Pada Covid-19

Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin bernikah dengan juara rancangan dakwah Da’i musim kedua tersebut di tanah suci Makkah pada tahun lalu selain mempunyai lapan anak hasil perkahwinan terdahulu.

Jom lihat apa kata netizen:

Isteri Da’i Farhan Umum Hamil, Siap Ucap Terima Kasih Pada Covid-19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit Lew Dapat Kebenaran Polis Bergerak Ketika PKP

tony fernandes airasia-2020

Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Perkenal Uniform PPE