in , ,

“Saya Harap Beliau Menjaga Nilai Agama,” – Nasihat Aniq Muhai Untuk Naufal

Penyanyi solo, Aniq Muhai berharap rakan-rakan beliau yang berentap di pentas Big Stage musim ini tidak terlalu hanyut dan terus mengekalkan imej yang bersih.

Beliau yang turut menganggotai kumpulan The Faith juga berkata, peluang berada di pentas besar seperti Big Stage harus digunakan sebaiknya untuk berkongsi kebaikan.

“Alhamdulillah. Rezeki mereka sebab dapat berada di pentas yang besar, pentas yang insya Allah boleh melonjakkan nama mereka dalam industri dengan lebih luas.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka supaya dapat menggunakan platform ni sebaik-baiknya lah sebab peluang ni hanya datang mungkin sekali sahaja dan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. 

“Cuma saya harap satu je, supaya mereka terus menjaga nilai dan identiti agama yang selama ini kita sama-sama perjuangkan. Selagi mana boleh jaga, jagalah.

“Sebab sayang lah, orang lain nak dapatkan nilai Islam ataupun nilai didikan agama yang kita dapat dulu tu susah.

“Agak mendukacitakan kalau kita menggadaikan prinsip semata-mata ingin mencairkan identiti. Tak salah nak berhibur, tapi kena firm dengan diri sendiri.

“Rugi sebenarnya kalau cairkan identiti sampai agama jadi cagaran. Selagi boleh jaga prinsip, jagalah. Jadikan kesempatan ini sebagai peluang untuk besarkan lagi dakwah dalam lagu.

Tidak menolak kemungkinan turut serta dalam program seumpama Big Stage di masa akan datang, Aniq merasakan perlu untuk dirinya mengutamakan perkara lain terlebih dahulu.

“Kalau diikutkan hati teringin juga. Siapa yang tak mahu berdiri di atas pentas yang boleh melonjakkan nama sebagai penyanyi kan?

“Buat masa sekarang saya masih belum rasa bersedia untuk berada di pentas sebesar itu memandangkan saya kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang kaunseling.

“Penglibatan di pentas sebesar Big Stage memerlukan komitmen yang tinggi dan saya pula perlu lebih fokus dalam pengajian.

Terdahulu penyanyi dan juga penulis buku ini baru sahaja melancarkan single berjudul “Kun Qowiyyan” ciptaannya bersama pempengaruh dakwah, ustaz Adnin Roslan.

"Saya Harap Beliau Menjaga Nilai Agama," - Nasihat Aniq Muhai Untuk Naufal

Lagu bergenre pop itu menyuntik mesej kebangkitan diri buat mereka yang sering dilanda masalah dan gangguan emosi.

“Kun Qowiyyan ni saya dan ustaz Adnin buat ditujukan khas kepada mereka yang sedang berada dalam kesusahan, ada masalah emosi. Semuanya untuk memujuk kembali bangkit agar terus bersemangat dalam menjalani kehidupan hari-hari yang mendatang.

“Ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah emosi, gangguan mental tapi ada di antara mereka yang tak tahu pun mereka ada masalah mental. Dalam masa yang sama mereka tak tahu nak luah kepada siapa. 

“Jadi saya dan ustaz Adnin buat inisiatif melalui lagu. Bila dia (pendengar) nyanyi lagu ni dapat release dia punya stress melalui lagu. 

“Sebab tu dalam chorus ada lirik ‘lepaskan semua beban yang terbuku di dada’, sebab orang yang tak ada kawan, mereka tak ada tempat untuk meluahkan, so dia akan pendam. Kita risau daripada pendam tu takut dia meletup bila-bila masa, so better dia release dekat lagu.

"Saya Harap Beliau Menjaga Nilai Agama," - Nasihat Aniq Muhai Untuk Naufal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rumah Tangga Retak, Risteena & Isa Khan Saling Unfollow di Instagram?

Artis Popular Serlah Bakat Nyanyian & Lawak di Pentas MIC ON SELEBRITI