in , ,

Ungku Ismail Mengaku Sedang Kenal Hati Budi & Rapat dengan Nad Zainal

Baru-baru ini, industri seni dikejutkan dengan berita Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat paru-paru berdarah.

Pelakon Ungku Ismail yang sering berkongsi tentang perkembangan Nad menjadi tanda tanya netizen tentang statusnya bersama Nad.

Memetik laporan Gempak, mereka berdua mulai rapat semenjak menjalani penggambaran sebuah drama dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Selepas selesai penggambaran Cina Buta, selepas cerai (Nad), kami banyak berbincang soal kerja dan content untuk Youtube. Banyak perancangan yang kami buat terutama dalam soal kerja.

“Dalam pada masa yang sama, tak dinafikan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Boleh dikatakan setiap hari kami contact dan kebanyakkan memang fasal kerja,” katanya.

– Ungku Ismail

Menurutnya, dia tidak peduli dengan spekulasi netizen tentang hubungan mereka dan mengakui terkesan apabila Nad tiba-tiba jatuh sakit.

“Kami memang rapat dan kerap buat content travelog. Setiap hari mesej. jadi bila tiba-tiba dia tak mesej, rasa hilang. Saya terkesan sebab terasa hilang partner.

“Tak kisah la netizen nak buat spekulasi bercinta ke apa. Lantak korang la. Kita tak boleh nak tutup mulut netizen sekarang. Kita hanya mampu tutup telinga atau mata saja,”

– Ungku Ismail

Selain itu, Ungku memberitahu dia mahu mendengar sendiri perkembangan Nad daripada doktor yang merawat.

“Sudah tentu saya rapat dengan ibu bapa Nad. Tak elok lah dah kerja sama, tiba-tiba dah sakit tinggalkan macam tu saja.

“Lagipun saya nak tahu sendiri keadaan dia daripada doktor, bukan daripada orang lain,” jelasnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook Apple | 14

Apple Dilaporkan Berminat Membeli Pasukan Bola Sepak Manchester United

Azhari Zain

Azhari Zain Pengarah Berjiwa Besar, Selamat Dikebumikan di Meru Klang