in , ,

Apple Dilaporkan Berminat Membeli Pasukan Bola Sepak Manchester United

Apple kini dilaporkan telah menyatakan minat dalam mengambil alih salah satu pasukan bola sepak popular di dunia, iaitu pasukan Manchester United.

Selain Apple, beberapa pihak lain turut dikatakan telah menyatakan hasrat untuk mendapatkannya.

Apple sedia mempunyai dana yang tinggi dalam simpanan untuk digunakan dalam pengambil-alihan pelbagai syarikat, apatah lagi syarikat tersebut dinilaikan melangkaui $2 trilion.

Seperti biasa, ia sekadar laporan asal, dan ramai yang skeptik kerana laporan asal ini berasal daripada sebuah tabloid dari UK.

Tetapi, idea mengambil-alih Manchester United ini sekiranya benar, maka mungkin boleh digunakan untuk tujuan pemasaran, selain terus menambah pelbagai jenama popular dibawah mereka, serta mempelbagaikan lagi pendapatan. Siaran perlawanan juga mungkin ditawarkan melalui Apple TV+.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

INSOMNIACKS

Peminat Insomniacks Bantu Lengkapkan Lirik Lagu IGAUAN MALAM

UNGKU ISMAIL AZIZ

Ungku Ismail Mengaku Sedang Kenal Hati Budi & Rapat dengan Nad Zainal