in ,

Pelawak Terkenal Disyaki Jadi Bapa Ayam Ditahan Reman Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

Hangat diperkatakan pada hari ini, seorang pelawak terkenal tanah air telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada hari ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Menerusi laporan Sinar Harian, pelawak berusia 40-an ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan pada jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas mereka menjalankan risikan.

Berjaya Selamatkan Seorang Wanita

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata dalam serbuan itu polis juga berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Pelawak Terkenal Disyaki Jadi Bapa Ayam Ditahan Reman Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

Suspek Direman 4 Hari

Pelawak berkenaan yang sebelum ini pernah bergelar naib Juara bagi program Maharaja Lawak Mega (MLM) akan direman selama 4 sehingga hari khamis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Mangsa yang diselamatkan pula kini telah mendapat perlindungan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Suspek dalam masa sama turut dikompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran.

“Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Suspek Dikompaun Sebab Rentas Negeri

“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang itu,” katanya lagi.

Kes Pemerdagangan Manusia

Kuala Pilah: Pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.

“Menerusi Ops Pintas, kami berjaya menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit.

“Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang itu,” katanya.

Tauke Nafi ‘Bapa Ayam’ Yang Ditahan

Pelawak Tauke menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat. 

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu,”

– Tauke jambu

“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang ‘dipetik’ netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu. 

“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. 

“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini. 

“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya. 

– Tauke Jambu

Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet. 

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Tauke Jambu Nafi Ada Kaitan dengan Kes Pelawak Jadi ‘Bapa Ayam’ Yang Ditahan Reman