in , ,

Ulasan Video Klip Ku Tak Percaya Cinta Liyana Jasmay

Yea, video klip Ku Tak Percaya Cinta daripada Liyana Jasmay dah pun siap~! Kira ni dah dikira official yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman Metadome. Video ini dilakonkan juga oleh beberapa pelakon dan personaliti juga.. tak silap ada sorang PR artis kat dalam ni… mmm, nak tahu siapa, kena lah korang tonton.

Wow, tahniah la dik~! Bila sekali tengok video ni, kira mengkagum jugak la pembikinannya. Terutama dari segi suntingan dan jalan cerita. Ringkas tapi menarik. Bukan sekadar suntingan biasa kerana video ini ada disertakan sekali 5 Tips Mencari Cinta~!

Tips 1… Guna teknologi terkini. Ehem2, best kan guna iPhone~ boleh copy n paste teks~

Tips 2: Serlahkan kecantikan Anda. Huhu, siap ditaja oleh Maybeline~ yela, Liyana kan duta produk tu~

Nak tahu tips yang selebihnya tu, kena tengok la sendiri~

Jalan cerita video ni pun tak kurang menariknya sebab ianya bermula masa Liyana Jasmay nak masuk beli Slrrrppp kat Seven Eleven. Then, Liyana ternampak satu buku tentang tips cinta. Jalan ceritanya bermula dari situ.~ Sesuailah dengan tema lagu ini. Budiey juga suka tonton elemen drama dalam intro dan juga beberapa scene dalam video ini yang diselangi dengan Liyana Jasmay nyanyi diiringi oleh bandnya yang dirakamkan di studio.

Video ini diarahkan oleh Ghaz – The Media Hustler. Memang tak syak lagi, video ini memang ada kreativiti yang tersendiri.

Budiey kasi 4/5 bintang untuk video klip ini. Good job Liyana Jasmay juga Ghaz & The Gang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Filem Dua Hati 1 Jiwa Dan Pisau Cukur

Noraniza Idris | 22

Noraniza Idris Mahu Dedah Status Rumah Fareez