in , ,

Noraniza Idris Mahu Dedah Status Rumah Fareez

Ratu Lagu Etnik, Noraniza Idris hari ini memohon perintah sementara mahkamah agar meminta pihak bank memberikan informasi tentang pinjaman dan status rumah yang dituntut daripada bekas suaminya, Mohammad Fauzi Ahmad Tajuddin atau Fareez (defendan).

Noraniza (Plaintif) berkata, ini kerana rumah itu adalah 100 peratus atas nama Fareez dan pihak bank tidak dapat memberikan maklumat tersebut kepadanya.

“Untuk semakan status rumah dan pembiayaannya, saya kena minta perintah mahkamah dalam tempoh seminggu ini.

Dia (Fareez) dah jual tapi tak bayar ansuran sejak 2006… jadi saya nak tahu status sama ada telah dilelong atau dijual,”

kata Noraniza ketika ditemui selepas prosiding selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Tuntutan harta sepencarian tersebut melibatkan rumah kediaman di Seksyen 6, sebuah rumah kedai tiga tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju serta barangan salun dan butik yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Namun begitu, Noraniza tidak akan menuntut barangan salun dan butik sekiranya tuntutan rumah itu berjalan lancar. “Jika tidak beres (tuntutan rumah), baru saya tuntutnya (salun dan butik),” katanya.

Mahkamah hari ini sepatutnya merekodkan persetujuan kedua-dua pihak iaitu plaintif dan defendan berhubung dengan tuntutan milik rumah dan bangunan kedai di Wangsa Maju itu.

Bagaimanapun, kes tuntutan harta sepencarian Noraniza terhadap Fareez belum dapat diselesaikan.

Peguambela Noraniza, Zuri Zabidin Budiman memberitahu Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid bahawa ini ekoran kedua-dua pihak plaintif dan defendan masih meneliti beberapa butiran seperti cara pembahagian harta dan kaedah pembayaran.

“Pihak kami telah berbincang dengan defendan (Fareez) dan menerusi hasil perbincangan itu, kami mendapati perlu meneliti beberapa perkara.

Dengan itu, saya ingin mohon satu perintah mahkamah mengarahkan pihak bank memberikan informasi kepada plaintif (Noraniza) kerana dia perlu memeriksa pembiayaan (pinjaman) dan status rumah tersebut,”

“Apabila tulis surat kepada bank Maybank cawangan Setapak, tidak ada nama Noraniza (sebagai pemilik rumah tersebut). Oleh itu, pihak bank tidak dapat memberikan maklumat tentang rumah tersebut. Kami tidak ada keputusan hari ini kecuali mendapatkan perintah sementara mahkamah,”

– Zuri Zabidin Budiman

Menurut Zuri, rumah tersebut adalah atas nama pihak defendan Fareez dan hasil perbincangan tersebut antara Fareez dan Noraniza mendapati Fareez telah tidak membayar ansuran rumah tersebut sejak 2006.

Kata Zuri, pihaknya akan menyediakan draf perintah sementara mahkamah itu dalam tempoh masa seminggu ini agar pihak mahkamah dapat mengeluarkan arahan tersebut.

Difahamkan bank tidak boleh mendedahkan maklumat-maklumat pelanggannya kepada pihak ketiga kerana tertakluk dengan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Zuri meminta satu tarikh selepas Hari Raya dan pihak mahkamah telah menetapkan 8 Oktober ini untuk sebutan akhir perekodan persetujuan berhubung tuntutan milik rumah dan kedai tersebut.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir berkata, perbicaraan akan disambung semula sekiranya kedua-dua pihak masih gagal mencari jalan penyelesaian pada tarikh tersebut.

Noraniza yang bertudung jingga dan berbaju kurung hitam dengan corak flora hadir seorang diri ke prosiding hari ini. Fareez tidak hadir.

Pada 12 Ogos lalu, Fareez memberitahu mahkamah bahawa dia sanggup memenuhi tuntutan hak milik dua hartanah oleh bekas isterinya itu. Tuntutan sebanyak 50 peratus harta tersebut dibuat ke atas rumah kediaman di Seksyen 6 dan sebuah rumah kedai tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Dalam perbicaraan itu, secara tiba-tiba Fareez mengumumkan dia sanggup menyerahkan milikan 50 peratus terhadap rumah itu dan 50 peratus lagi terhadap bangunan rumah kedai yang kedua-duanya terletak di Wangsa Maju.

Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan 26 Ogos jam 9 pagi di mahkamah yang sama untuk merekodkan persetujuan kedua-dua pihak – plaintif dan defendan – berhubung dengan tuntutan milik rumah dan bangunan kedai di Wangsa Maju itu.

Noraniza berkahwin dengan Fareez, 40, pada 31 Mac 1988 sebelum berpisah pada 7 April 2006 dengan talak satu.

Hasil perkongsian hidup Noraniza dan Fareez yang bernikah pada 31 Mac 1988 mengurniakan Mohammad Aliff Haiqal, 20, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 16. [sumber]

11 Comments

Leave a Reply
  1. Kawin….Cerai….Bising.
    Kawin lagi…..Cerai lagi….Bising lagi…
    Pastue Kawin lagi…Pastue Cerai lagi….Tak habis-habis nak bising.

    Heran….

  2. Inilah artis zaman skarang..sblum kawin gempar bercerita pasal hantaran..pastu kau la jangtung hatiku, dialah pasangan yg serasi, dia la yg memahami jiwa saya n bla..bla…bila dah cerai, kecoh lak pasal harta itu ini la…abis la cerita dibuka. harap2 kak ani dapatla hak dia…tak baik abaikan hak org

  3. Kak Ani, sudah-sudahlah tu… biarkan je anjing yang meyalak bukit tu… saya rasa rezeki kak ani x putus walau hidup sendiri…

  4. hari2 tgok nasib wanita turun naik mahkamah (tanpa kehadiran ex-husband) kerana apa…kerana nak pastikan hak selepas diceraikan. Kalau la allah tu bg hak ke atas wanita menentukan terrerainya sesebuah ikatan perkahwinan ditangan wanita…..agaknya barula lelaki rajin naik tanga turun tangan mahkamah kot.

  5. Sayang hiburan anyai terhadap rumahtangga selerbit seluruh malayisa amat kasih dan Sayang dengan sama lslam lnsha allah allah bagi selesaikan masalah kelugara dan kerjayaan kepada pasangan selerbit tu
    Hentikan berita tidak benar .ruu anti berita tidak benar , jangan jatuh maruah astir dan jangan jatuh aib astir dan jaga nama baik astir, jangan sibuk tepi kain orang, jangan jatuh nama astir. Jangan terdaya sms

  6. Saya memahami kerjayaan kepada penyanyi Noraniza ldris setelah terpisah dengan fareez bercerai lama pada 2006.kemudian berkahwin kali kedua orang ahli perniagaan bahagia 14 hari. Bercerai kedua, menyebabkan madu mastura tuntun bercerai lsteri keempat
    Alhmudillah Kak ani berkahwin kali ketiga ustaz jeriff hudin pada tahun 2011 sehingga bahagia ke jannah Amin
    Semoga Kak ani dan ustaz jeriff hudin berkekalan hingga akhir hayat Anak tiri empat dan anak dua orang lelaki kelugara baru

  7. Selamat menyambut bulan ramadhan al murbarak kosong kosong, tahniah kepada Noraniza ldris dan ustaz jeriff hudin berkekalan hingga akhir hayat Anak tiri empat orang lelaki dan dua orang Anak lelaki, kelugara baru dan bahagia baru. Alhmudillah Amin semoga panjangkan jodoh ke jannah , sedap lagu Kak ani suara sedap merdu ikut jejak langkan kepada waris oleh kedua ibu bapa, Kak ani anak keenam daripada 12 orang adik beradik, Kak ani berasal kluang Johor, kerjayaan kepada Kak ani adalah rezeki banyak melimpah ruah dan pemberikan sedekah orang kesusahan dan kemiskinan utama dorongan Anak yatim tiada emak dan bapa . Kak ani tercapai menjadi seorang penyanyi darah seni dan ceburi bidang seni alhmudillah Amin semoga berjaya Kak ani

  8. Kak ani dapat duet nur Fatimah hasil album terbaru, Kak ani buat album terbaru lagu wangikan hatimu duet seorang penyanyi mentor, selepas album hati kamar duet siti nurhaliza pada tahun 1999 ketika dahulu kemudian album masyur zikir puteri ,1998 hingga album awallah dondang 1997 dengan berkabar tinting ,2000 hingga kini ya salam dan swon matang 2002 tercapai hajat tu
    Noraniza ldris berbakat besar jualan laris di pasaraya, pertandingan Noraniza ldris di rtm pada tahun1985 bersama Ramlah ram ketika dahulu zaman dara . berbakat besar Noraniza ldris, seorang hiburan tanahair , jika izin allah Noraniza ldris berjaya menjadi seorang hiburan
    Insha allah ada rezeki Kak ani

  9. Saya memahami kerjayaan kepada penyanyi Noraniza ldris setelah terpisah dengan fareez bercerai lama pada 2006.kemudian berkahwin kali kedua orang ahli perniagaan bahagia 14 hari. Bercerai kedua, menyebabkan madu mastura tuntun bercerai lsteri keempat
    Alhmudillah Kak ani berkahwin kali ketiga ustaz jeriff hudin pada tahun 2011 sehingga bahagia ke jannah Amin
    Semoga Kak ani dan ustaz jeriff hudin berkekalan hingga akhir hayat Anak tiri empat dan anak dua orang lelaki kelugara baru
    Tahniah

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Video Klip Ku Tak Percaya Cinta Liyana Jasmay

Program Iftar Ramadhan 1430h Anjuran Islamic Outreach ABIM