in

Atur Strategi Raih Undi Punca Fida Disingkir dari AF2013?

Selepas kecoh dengan isu kontroversi lari dari lokasi pemgambaran, satu lagi cerita timbul tentang Fida Ibrahim yang dikatakan tidak terpilih dan tersingkir untuk menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia 2013 (AF2013) kerana sudah mengatur strategi untuk meraih undi awal.

Fida berkata, dia sangat terkejut apabila mendapat tahu pasal perkara ini. Dia memang pergi menghadiri uji bakat AF 2013, tetapi tidak pernah mencanang mengenai penyertaannya dalam uji bakat itu kepada media dan ia diketahui selepas gambarnya disiarkan sebuah portal hiburan. Gambar itu diperoleh daripada laman Instagram rasmi AF2013. Justeru, dia sangat terkejut apabila dirinya dikaitkan tersingkir daripada menjadi peserta program itu.

“Seperti yang saya akui kepada media sebelum ini, memang saya menghadiri uji bakat AF2013. Namun saya tak pernah tahu yang diri ini turut layak dipilih ke peringkat Top 24. Apatah lagi, ulasan saya kepada media juga umum dengan menceritakan pengalaman saya yang sudah tiga kali mencuba nasib di uji bakat AF. Saya juga sekadar berkongsi tujuan sebenar untuk mencuba nasib dalam AF 2013 kerana mahu mendapatkan peluang menimba ilmu dalam program itu.”

Menurut Fida, dia juga tidak pernah memuat naik gambar di laman Instagram miliknya termasuk mengemas kini status Facebook untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai pembabitannya dalam sesi uji bakat AF2013.

Mengakui dia menyimpan harapan untuk dipilih bersaing dalam AF2013, tetapi sehingga ke saat akhir pada tayangan Konsert Prelude Top 24, Fida bagaimanapun sedar dia tidak terpilih.

“Jadi, saya terima dengan hati terbuka. Apapun, ingin saya tegaskan bahawa memang tak pernah terniat dalam hati ini untuk mengatur strategi meraih undi awal. Malah, ingin ditekankan juga macam mana saya boleh dikatakan cuba meraih undi awal, sedangkan hakikatnya saya tak pernah tahu atau menerima jawapan diri layak disenarai ke peringkat Top 24.”

Menurut Fida lagi, dia berbuat demikian kerana sangat terkejut apabila tiba-tiba dirinya dikaitkan dan AF2013 pun sudah berlangsung di televisyen ketika ini.

Mengimbas semula berita itu, ia melaporkan risik-risik daripada orang produksi AF2013 sendiri yang memberitahu mengapa wanita berusia 27 tahun yang namanya disebut-sebut itu akhirnya tidak terpilih dan disingkirkan lebih awal.

Bahkan, alasan diberi membabitkan Fida yang dikatakan suka membuat ulasan selari setiap pembabitannya dalam AF2013 dengan tujuan meraih undi awal. Sedangkan dalam AF2013, rahsia sangat penting. Malah, tiada seorang pun pihak luar yang boleh mengetahui pembabitan mereka dalam rancangan itu.

Kepada Fida, jangan bengang-bengang, okay. Hidup perlu diteruskan. Bawa banyak bersabar ya.

Fida Ibrahim AJL27

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Carey Ng Peraga Baju Gaun RM1.1Juta

Ulasan Teater Maduku Kalut