in , ,

Ulasan Samsung Galaxy Buds2, Ini Ciri Canggih Yang Buat Anda Happy!

Dalam ulasan ini, Budiey akan ceritakan pengalaman Budiey menggunakan Samsung Galaxy Buds2 selepas sebulan menggunakannya! Ketahui apakah ciri-ciri canggih fon telinga nirwayar ini.

Pada bulan lepas, Budiey sangat teruja kerana berpeluang menggunakan fon telinga wayerles terbaharu keluaran Samsung iaitu Galaxy Buds2. Khabarnya fon telinga ini dapat rating yang tinggi dari pengulas gajet terkemuka. Ternyata ia sangat WOW pada pandangan Budiey. Jadi, dalam entri ini, Budiey akan ceritakan pengalaman Budiey menggunakan Galaxy Buds2 selepas sebulan menggunakannya! 

Bagi Budiey yang selalu bergerak ke sana sini dan aktif bersukan, fon telinga wayarles sudah pun menjadi teman setia. Apa yang boleh Budiey katakan, ia satu pengalaman audio baru dengan bunyi yang sangat best dan cukup seimbang. Selain itu, Budiey rasa sangat selesa semasa memakainya, nak berlari ke nak jogging ke, sememang tak mudah nak jatuh atau tertanggal. Budiey juga dapat rasa sambungan atau connection yang sangat lancar dan cepat ke telefon. 

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Tak syak lagi, Galaxy Buds2 menjadi salah satu aksesori yang wajib dimiliki untuk anda yang menggunakan telefon pintar memandangkan earbuds yang diberikan dalam kotak bertaraf earfon yang biasa-biasa je. Kalau nak beli yang premium, silakan beli Galaxy Buds2 ni ya. 

Sekiranya korang nak mencari fon telinga yang lebih dipertingkatkan dan bertaraf premium, Budiey sarankan korang mencuba fon telinga wayerles Galaxy Buds2. 

Dalam entri ini, Budiey akan ceritakan sebab kenapa Budiey sarankan dan rekemen gajet terbaharu ini untuk anda. Juga Budiey akan ceritakan sedikit perbezaan dengan fon telinga Galaxy Buds Live yang telah dilancarkan pada tahun lepas. 

Budiey perhatikan semakin banyak telefon yang dikeluarkan pada masa ini tidak lagi dilengkapi bicu audio 3.5mm. Ini adalah kerana teknologi terbaharu ini adalah untuk menjamin kualiti audio terbaik untuk telinga anda. Pendek kata, Samsung Galaxy Buds2 merupakan sepasang fon telinga wayarles yang lengkap dengan fungsi-fungsi canggih. 

Pertama kali memakainya, anda akan dapat rasakan satu pengalaman pendengaran anda di mana-mana sahaja, tidak kisah sama ada tempat yang sunyi atau sibuk. 

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Berikut adalah ciri-ciri yang ohsem ada pada Galaxy Buds2:

Selesa & Ringan Terletak di Telinga

Galaxy Buds2 merupakan true wireless earbuds paling ringan dan kecil yang pernah dihasilkan oleh Samsung setakat ini. Justeru, sepanjang penggunaannya dalam tempoh sebulan ini, Budiey tidak merasa sebarang kejanggalan ketika memakainya. Tambahan pula, Budiey tak risau kalau tersimbah air sebab ia melepasi piawaian IPX7 yang menjamin ia kalis peluh atau air. Jadi, memang sesuai untuk diguna semasa workout atau bersenam.

Apa yang menjadikan penggunaan sempurna adalah kerana Samsung buat satu aplikasi iaitu Galaxy Wearable. Aplikasi ini sesuai untuk digunakan bersama-sama dengan Galaxy Buds2 ini turut menyediakan pilihan untuk menjejak earbuds anda yang hilang. Ia juga boleh digunakan untuk mengubabsuai kawalannya. Kawalan Buds2 boleh dibuat menerusi ketikan iaitu, satu, dua dan tiga, serta gerak isyarat melibatkan tekanan dan memegang.

Selain itu, aplikasi ini juga kini mempunyai fungsi baharu iaitu ujian kemuatan yang membantu anda memilih tip silikon yang sesuai berdasarkan tiga saiz yang disediakan bersama-sama kotak pembungkusannya. Ohsem bukan?

Teknologi ANC

Ciri yang paling penting untuk earbuds sekarang ini ialah teknologi ANC. Kalau nak bandingkan dengan keluaran sebelum ini, Budiey rasakan ada sesuatu kelainan dari segi teknologi ANC atau pembatalan hingar aktif. Ciri pembatalan hingar aktif peranti ini dicirikan dengan dua mikrofon yang mengesan bunyi Ambient ketika Active Noise Cancelling menghalang bunyi yang kita tidak mahu seperti bunyi enjin kereta atau orang tengah berbual. Bunyi bising latar dapat dikurangkan sehingga 98% untuk membuatkan anda ‘tenggelam’ dalam muzik, permainan, buku audio, dan podcast kegemaran anda.

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Untuk meningkatkan lagi tahap pembatalan bunyi hingar dan membuatkan suara anda menjadi lebih jelas kepada pemanggil, Galaxy Buds2 dilengkapi teknologi pembelajaran mesin (machine learning) untuk menapis bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki.

Sewaktu anda mendengar lagu atau podcast pula, dua mikrofon ini memainkan peranan untuk menapis bunyi persekitaran (ambient sound) manakala teknologi pembatalan hingar aktif (Active Noise Cancellation, ANC) dalam Galaxy Buds2 pula boleh mematikan bunyi hingar sehingga 98%, jadi anda boleh layankan lagu-lagu anda dengan lebih jelas.

Dari segi keberkesanannya, kegunaan melibatkan panggilan suara melalui telefon amat jelas baik dari segi pendengaran dan perbualan. Malah, audionya amat jelas ketika telesidang seperti Google Meet dan Zoom.

Menurut Samsung, Galaxy Buds2 dilengkapkan dengan “penyelesaian berasaskan pembelajaran mesin yang mengurangkan gangguan bunyi latar.” Berdasarkan pengamatan saya, ia sememangnya berfungsi dengan baik bagi tujuan membuat panggilan atau telesidang.

Akan tetapi, anda mungkin akan berada dalam situasi di mana anda perlu peka dengan situasi persekitaran dan tidak boleh menghidupkan ANC. Untuk keadaan sebegini, Galaxy Buds2 mempunyai mod bunyi persekitaran (ambient sound) yang boleh dilaraskan sebanyak tiga tahap, sama ada anda ingin mendengar persekitaran dengan jelas atau mahu ia diturunkan.

Fungsi ANC boleh dimatikan secara automatik apabila anda menanggalkan salah satu earbuds yang sedang anda pakai. Ia bertujuan mengurangkan ketidakselesaan dan juga membantu anda mendengar keadaan persekitaran dengan lebih baik.

Dalam pada masa yang sama, mod ambient juga diaktifkan secara auto atas tujuan yang sama. Fungsi ANC berkenaan akan diaktifkan semula secara automatik sebaik sahaja anda meletakkan kedua-dua belah earbuds anda ke lubang telinga.

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Bunyi Yang Seimbang

Samsung Galaxy Buds2 memberikan anda kenikmatan bass yang kuat dan berkuasa melalui pembesar suara dinamik dua hala. Samsung Galaxy Buds2 memberikan anda kualiti bunyi yang seimbang dan memperkaya setiap saat perjalanan audio anda. Dengarinya seperti anda turut berada di sana.

Galaxy Buds2 memfokuskan kepada kualiti audio yang baik dengan menggunakan sistem speaker berasingan sebesar 11mm untuk tweeter dan 6.5mm untuk woofer.

Memandangkan Galaxy Buds2 ini akan dipautkan dengan telefon anda pada kebanyakan masa, anda pasti mengharapkan kualiti rakaman suara yang jelas oleh fon telinga ini untuk digunakan sewaktu membuat panggilan. 

Fon telinga Samsung ini dilengkapi tiga mikrofon dengan voice pickup unit (VPU) untuk memastikan ia boleh merakam suara anda, manakala reka bentuk yang melengkung pula membenarkan fon telinga ini untuk membatalkan bunyi bising daripada angin (wind noise).

Dengan Galaxy Buds2, anda boleh menghayati lagu-lagu atau filem anda seperti yang diinginkan oleh para penerbitnya. Ia dilengkapi pembesar suara dinamik dua hala (dynamic two-way speakers) dengan woofer untuk menghasilkan bass yang lebih dalam serta tweeter untuk nota tinggi (high notes) yang lebih jelas. Kedua-dua komponen ini berfungsi dengan baik untuk menghasilkan harmoni audio yang mengasyikkan.

Hal yang sama juga boleh dinilai pada kualiti audio yang disampaikan olehnya. Tidak teruk, tetapi tidak begitu terlalu bagus. Sedap untuk didengar pengguna biasa yang tidak kisah untuk memperincikan julat audio seperti bass atau treble mengikut citarasa. Bagi anda yang agak cerewet dengan audio berkualiti tinggi, pilihan yang sesuai bagi anda mungkin Galaxy Buds Pro.

Beberapa ciri audio lain antara Buds Pro dan Buds2 mempunyai persamaan. Antaranya rekaan pemacu dua hala dengan sepasang woofer dan tweeter pada setiap pasang.

Galaxy Buds2 ini juga menyokong codec AAC, SBC dan Samsung Scalable. Untuk codec dari Samsung berkenaan, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika anda memautkannya pada peranti Galaxy.

Integrasi & Ekosistem Samsung Galaxy

Jika anda sudah pun menggunakan peranti dalam ekosistem Samsung Galaxy seperti telefon Galaxy S21, tablet Galaxy Tab S7 atau jam tangan Galaxy Watch4, fon telinga ini menawarkan pelbagai fungsi khas untuk anda. Antara ciri yang menarik adalah Auto Switch, di mana Galaxy Buds2 boleh dihubungkan dengan beberapa peranti Samsung serentak dan ia akan memainkan audio daripada peranti yang aktif sahaja.

Sebagai contoh, jika anda sedang mendengar muzik yang dimainkan daripada tablet Galaxy Tab S7, kemudian anda tiba-tiba mendapat panggilan dalam telefon Galaxy S21, fon telinga Galaxy Buds2 akan dihubungkan kepada telefon itu secara automatik supaya anda boleh bercakap tanpa sebarang gangguan.

Apabila ia dihubungkan kepada Galaxy Watch4 pula, anda boleh ubah antara mod ANC atau ambient sound dengan hanya menyentuh pada skrin jam tersebut. Pastinya ia adalah sangat mudah jika anda perlu menukar di antara dua mod tersebut dengan cepat sewaktu bersenam atau menunggu pengumuman dalam lapangan terbang.

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Reka Bentuk Premium

Budiey rasa, perubahan yang paling ketara dan paling menarik yang dibawakan oleh Galaxy Buds2 pastinya dari sudut rekaan dan keselesaan pemakaiannya.

Rekaan putik audio pula adalah dari jenis dalam telinga dengan penyumbat silikon. Seterusnya, ia turut menyertakan dua mikrofon secara terbina, di samping mempunyai tiga tahap Ambience Mode boleh diaktifkan menerusi aplikasi Samsung Wearable.

Bekas yang menyokong pengecasan secara nirwayar ini juga dirasakan amat kemas hasil pembuatannya termasuk ketika anda membuka dan menutup penutupnya.

Dari segi rupa luaran, bekas menyimpan true wireless earbuds ini berwarna putih dan diberikan kemasan gloss. Warna putihnya adalah sama untuk semua jenis pilihan warna dan hanya disebelah dalam sahaja warnanya sama dengan warna pilihan earbuds anda.

Untuk rekaan earbuds Galaxy Buds2 ini pula, ia tidak begitu kelihatan terlalu ketara apabila anda memakainya. Kadangkala sesetengah orang mungkin tidak perasan yang anda sedang memakainya. Hal ini kerana faktor reka bentuk yang dihasilkan oleh Samsung kian bertambah baik bagi generasi terkini ini.

Galaxy Buds2 hadir bersama-sama bekas yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama dengan Buds Pro dan Buds Live. Sekali imbas, mirip seperti kotak bekas menyimpan cincin emas. Apa pun, saya tidak mempunyai masalah dengan itu kerana saiz tersebut memudahkan saya menyimpannya di dalam poket seluar.

Samsung Galaxy Buds2 mempunyai reka bentuk yang terbukti sangat selesa untuk dipakai. Selain bentuknya yang ergonomik,  kemasan matte yang asli memberikan penampilan yang lebih premium dan menarik.

Dengan berat 5 gram bagi setiap buds, ia mampu menyimpan muzik di telinga anda untuk gaya hidup yang paling aktif.

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Bateri Tahan Lama Sampai 20 Jam

Bateri di dalam Samsung Galaxy Buds2 dapat memberikan masa bermain muzik sehingga 5 jam, dan gandingan bekas pengecas, memberikan masa bermain muzik sehingga 20 jam. Jika ANC diaktifkan, ia boleh digunakan sehingga lebih daripada 5 jam atau sehingga 20 jam bersama bekas pengecas.

Tempoh penggunaan bateri Buds2 bagaimanapun tidak mampu menandingi apa yang ditawarkan oleh Galaxy Buds Plus. Samsung menganggarkan baterinya mampu bertahan sekitar lima jam secara berterusan untuk main semula dengan ANC diaktifkan. Anda boleh melanjutkan tempoh berkenaan sehingga 20 jam jika menggunakannya bersama-sama bekasnya.

Mudah Dikesan Jika Tercicir

Anda juga boleh menukar sambungan antara peranti Samsung lain dengan menyebut nama peranti dan juga mengaktifkan ciri ANC atau mod Ambient.

Satu lagi ciri menarik ialah anda boleh mengesan kedudukan fon telinga ini jika ia tercicir atau anda terlupa kali terakhir anda meletakkannya. Hanya perlu buka aplikasi SmartThings dan aktifkan butang mencari fon telinga.

Galaxy Buds2 akan menghasilkan bunyi beep dengan jelas dan jika dalam mod Offline, anda masih boleh mencari lokasi terakhir fon telinga ini digunakan walaupun ia tidak lagi disambungkan kepada peranti anda.

Harga Pilihan Warna 

Empat warna yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy Buds2 iaitu, White, Graphite, Olive, dan Lavender dengan harga serendah RM499.

https://flic.kr/p/2mhix31

Untuk info pembaca, bersama-sama Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Buds2. Earbuds nirwayar berkesinambungan dari Galaxy Buds ini diletakkan di dalam kategori pemula. Kini, siri Galaxy Buds dibarisi oleh Galaxy Buds Pro, Galaxy Buds Live dan Galaxy Buds2.

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Apa Perbezaan dengan Samsung Galaxy Buds Live

Pada tahun lalu, Samsung telah pun melancarkan fon telinga TWS (true wireless earbuds) Galaxy Buds Live. Apa yang uniknya, Galaxy Buds Live ini namppak sangat unik rekaannya kerana ia berbentuk seakan kacang.

Dari segi ciri-ciri pula, sama juga dengan Galaxy Buds2, ia juga boleh diakses menerusi aplikasi Galaxy Wearable (Samsung Gear) yang memberikan lebih kawalan ke atas fon telinga tersebut.

Antara ciri-ciri yang fon telinga ini yang boleh diakses dari aplikasi tersebut adalah seperti mengaktifkan ciri pembatalan hingar, tetapan arahan sentuhan dan kemas kini perisian fon telinga.

Ulasan Samsung Galaxy Buds2

Dari aspek kualiti bunyi pula, Galaxy Buds Live memberikan kualiti audio yang baik dan sedap di dengar. Secara keseluruhan adalah cukup baik dan selesa dipakaikan di telinga.

Ia tidak menghairankan kerana Samsung berkolaborasi bersama AKG bagi menghasilkan TWS merka ini. Ia dijual dengan harga RM549.00. Jadi perbandingan harga, Samsung Galaxy Buds2 lebih murah, hanya RM499 sahaja.

Apa Pula Perbezaan Antara Samsung Galaxy Bud2 & Buds Pro?

Pasti ada yang bertanya, bagaimana pula kita nak membezakan fon telinga terbaharu Galaxy Buds2 dengan Galaxy Buds Pro?

Jika diletak bersebelahan hampir sukar membezakan fon telinga ini namun persoalan itu hanya dapat dijawab apabila fon telinga Galaxy Buds2 digenggam dalam tangan dan dapat dirasakan beratnya berbeza sedikit.

Galaxy Buds2 adalah lebih ringan iaitu hanya 5 gram setiap satu berbanding 6.3 gram bagi Buds Pro. Ciri penambahbaikan yang dilakukan gergasi pengeluar peranti terkemuka dari Korea Selatan ini menjadikan fon telinga terbaharu ini lebih eksklusif.

Budiey kira, Samsung Galaxy Buds2 sangat sesuai dengan gaya hidup masa kini yang memerlukan anda bekerja dari rumah (WFH) apabila negara dilanda wabak pandemik COVID-19, fon telinga ini cukup sesuai bagi mereka yang perlu melakukan atau terbabit dengan panggilan video yang banyak khususnya menerusi mesyuarat secara sidang video.

Ini kerana tahap kejelasan audio yang terhasil cukup memuaskan apabila bunyi Bass dapat dirasakan dengan hebat manakala bunyi Treble pula lantang seolah-olah anda sedang berada dalam bilik kedap bunyi.

Samsung Galaxy Buds2

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Galaxy Buds2 menawarkan segala apa yang perlu bersesuaian dengan harga yang ditawarkannya. Unik dari sudut rekabentuk dan sedap untuk dipakai sepanjang hari. Ia juga tidak terlalu gah dari segi penawaran fungsi, tetapi tidak pula teruk.

Selain dari soal kualiti audio, seperkara yang membezakannya dengan Buds Pro adalah penarafan kerintangan air dan debu padanya. Buds2 hanya mempunyai IPX2 berbanding Buds Pro yang mempunyai penarafan IPX7. Justeru, anda tidak dinasihatkan untuk Buds2 ketika di dalam hujan atau ketika dibasahi peluh terutama ketika bersenam.

Boleh dikatakan, ia merupakan earbuds nirwayar pilihan paling sesuai untuk digunakan pada mana-mana peranti Android yang berada di pasaran pada ketika ini.

Samsung Galaxy Buds2 meneruskan rentak positif syarikat gergasi korea ini didalam industri TWS yang sangat berdaya saing.

Samsung Galaxy Buds2 kini ditawarkan untuk pembelian pada harga RM499 sahaja dan pembelian boleh dibuat di Samsung Online Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Umum Acara Galaxy Unpacked Part 2 Pada 20 Oktober 2021

Urban Method Lancar Single Terbaharu DOMO ARIGATO Setelah 15 Tahun Menghilang