in , ,

Samsung Umum Acara Galaxy Unpacked Part 2 Pada 20 Oktober 2021

Samsung akan melangsungkan satu acara dalam talian pada 20 Oktober ini, jam 10 malam waktu Malaysia. Ini bermakna acara ini dibuat pada minggu yang sama dengan acara Apple dan Google. Ye la, bulan ni ni bulan TechTober!

Dinamakan sebagai Galaxy Unpacked Part 2 acara ini berkemungkinan akan memperkenalkan telefon Galaxy baharu, atau pembaharuan dari model sedia ada.

Terdapat ura-ura yang mengatakan Samsung akan memperkenalkan Samsung Galaxy S21 FE menerusi acara tersebut.

Namun, ia tidak dapat dipastikan memandangkan terdapat isu kekurangan bekalan komponen elektronik yang meruncing di seluruh dunia pada ketika ini.

Acara yang bakal dilangsungkan oleh Samsung ini berjalan dalam minggu yang sama dengan acara-acara besar lain oleh Google dan Apple.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem I AM VASH Bakal Jalani Penggambaran di Malaysia Pada 2022

Ulasan Samsung Galaxy Buds2, Ini Ciri Canggih Yang Buat Anda Happy!