in , ,

Urban Method Lancar Single Terbaharu DOMO ARIGATO Setelah 15 Tahun Menghilang

Satu majlis sidang media pelancaran single dan video muzik terbaharu Kumpulan Urban Method, “Domo Arigato’ telah berlangsung di Publika, Solaris Dutamas pada Isnin lalu, 18 Oktober 2021.

Pernah mewarnai dunia seni hiburan tanah air khususnya dalam arena muzik hip hop, Urban Method kembali bangkit dengan satu semangat baru selepas 15 tahun menyepikan diri.

Kelahiran semula kumpulan hip hop, Urban Method diibaratkan seperti ‘terjaga daripada koma setelah tidur hampir 15 tahun’ dan dengan peluang kedua yang diberikan itu lahirnya ‘Domo Arigato’.

Begitu pendapat kumpulan yang dianggotai lima sahabat karib, Mahadhir Mohd Ismail, 39; Mohd Munawir Anuar, 40; Hazairi Basha Jamel Basha, 39; Muneer Khan Nazir Khan, 37; dan Ahmad Sayuti Ibrahim, 39.

“Doma Arigato tanda kami mengucapkan penghargaan khas buat sahabat handai dan peminat-peminat Urban Method yang sentiasa menyokong kami sejak awal penubuhan sehingga ke hari ini,”

Mahadhir Mohd Ismail
Urban Method Lancar Single Terbaharu Domo Arigato Setelah 15 Tahun Menghilang

Satu majlis sidang media pelancaran single dan video muzik terbaharu Kumpulan Urban Method, “Domo Arigato’ telah berlangsung di Publika, Solaris Dutamas pada Isnin lalu, 18 Oktober 2021.

“Ibarat berada di dalam koma, kami ingin bangun semula dan mewarnai industri muzik hip hop R&B bersama kumpulan-kumpulan muda sekarang ini yang cukup hebat belaka walau pun kami sudah berusia,”

Munawir

Mereka sependapat, kemunculan semula setelah sekian lama disebabkan minat pada muzik tetap tebal di hati masing-masing, lebih-lebih apabila mendapat permintaan daripada peminat dan rakan-rakan seangkatan seperti Altimet, Nico G mahu pun pencipta lagunya, Damian Mikhael.

Urban Method Lancar Single Terbaharu Domo Arigato Setelah 15 Tahun Menghilang
Kumpulan Urban Method. Dari kiri: Chique, Jay, Mahadhir, Muneer dan Naweer.

“Selain itu, kekuatan persahabatan kami itulah membuatkan terjadinya kemunculan semula ini,”

– Hazairi

Pun begitu, berhubung persoalan kenapa memilih bahasa Jepun  “Domo Arigato’  sebagai judul lagi yang terang-terang bermaksud terima kasih sebagaimana mesej yang ingin mereka sampaikan?

“Terima kasih atau thank you mungkin dah biasa. Jadi kami memilih Domo Arigato untuk menunjukkan kelainan yang ditampilkan kali ini dan juga ekspresikan penghargaan kami buat semua,”

Muneer

Sengaja memilih judul dalam bahasa Jepun, Muneer mewakili kumpulan memberitahu, ia tetap menyampaikan makna yang sama iaitu terima kasih sebagai penghargaan buat semua peminat dan pengikut yang sentiasa menyokong kerjaya mereka selama ini.

Urban Method memberitahu, lagu ‘come back’ ini bukan hanya mengimbau kembali talian persahabatan mereka selama 16 tahun malah ‘Domo Arigato’ dicipta sebagai penghargaan kepada peminat.

“Walaupun boleh sahaja kami menggunakan bahasa Melayu, tetapi apa salahnya jika kami tampilkan sedikit kelainan. Idea itu datang secara spontan dan kebetulan ia dirasakan begitu mengena dengan lirik yang dihasilkan.

“Satu lagi, di peringkat Asia, rasanya ucapan Domo Arigato ini lebih popular di kalangan orang luar. Jadi sengaja kami gunakannya untuk projek single kali ini,”

– Muneer

Buat generasi kini yang mungkin tidak mengenali mereka, Urban Method sebelum ini pernah mekar dengan lagu duet yang diberi nafas baharu, ‘Wajah Rahsia Hati ‘bersama penyanyi popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, yang juga merupakan penyanyi asal lagu tersebut.  

Urban Method Lancar Single Terbaharu Domo Arigato Setelah 15 Tahun Menghilang

“Terakhir kami tampil pada persembahan bersama Ogy di Malam Anugerah ERA 2007 di Arena of Stars, Genting Highlands,”

Muneer

Menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga masing-masing turut menjadi penyebab kenapa Urban Method lama beristirehat dari pentas muzik.

“Kecuali Mahadir, kesemua kami sudah mempunyai keluarga dan kerjaya masing-masing dan kini setelah segalanya terurus baharulah kami mengambil keputusan untuk kembali ke persada muzik waima jiwa kami tetap cintakan muzik,”

Ahmad Sayuti

Dalam pada itu, Urban Method akui terkejut dengan perubahan di dalam industri muzik tanah air berbanding pada zaman lampau.

“Jika dahulu, segala-galanya ditentukan menerusi penghasilan album namun kini ia berubah seiring dengan kemajuan teknologi. Untuk kekal dalam industri bukannya mudah apatah lagi jika dinilai dari segi populariti yang sedia maklum ada naik dan turunnya,”

– Urban Method
Urban Method Lancar Single Terbaharu Domo Arigato Setelah 15 Tahun Menghilang

Namun keinginan untuk kembali beraksi tidak mematahkan semangat Urban Method yang bersedia mengikut trend sekarang yang banyak dibantu oleh platform sosial media.

“Kami pun perlu mengikut peredaran masa dan kehendak para pendengar. Jadi kami bersedia sekiranya ada penyanyi-penyanyi yang sudi berkolaborasi dengan Urban Method kelak,”

– Muneer

Biarpun begitu, mereka bersyukur kerana rakan-rakan seperjuangan seperti Damian Mikhail, Nico G dan Altimet banyak memberikan sokongan khususnya bagi kemunculan semula ini. 

“Kami masih lagi akan kekal dengan konsep hip hop R&B kerana itulah identiti Urban Method sebelum ini. Bermula dari ‘underground’ sehingga berjaya masuk ‘mainstream’ segalanya tidak akan terjadi tanpa sokongan daripada peminat dan rakan-rakan,” akhiri mereka.

– Urban Method

Lagu ‘Domo Arigato’  boleh diperdengarkan melalui penstriman dalam talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music bermula 31 Oktober 2021 manakala video muzik lagunya boleh ditonton kelak  secara eksklusif di saluran YouTube Urban Method Music.

Sumber: KitaReporters

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey Samsung Review | 16

Ulasan Samsung Galaxy Buds2, Ini Ciri Canggih Yang Buat Anda Happy!

Nissa Rosli Nkmh Media | 17

#BackToOffice, Ini 5 Kejutan NKMH Media Beri Pada Staf