in ,

Showcase Shila Amzah Sukses Shila Rancang Konsert

Pada 10 Oktober lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Showcase Shila Amzah yang berlangsung di Penthouse, The Icon, Jalan Tun Razak. Mungkin entri ini agak lewat disiarkan. Tapi bak kata orang lebih baik lewat dari tak siar langsung, betul tak. Maklumlah jadual Budiey sangat sibuk sekarang.

By the way, untuk info korang, semua video yang Budiey rakam masa Showcase Shila Amzah dah pun Budiey upload di saluran Youtube Budiey.com. Korang boleh tonton satu persatu video tu okay?

Seperti yang kita tahu, Showcase Shila Amzah diadakan bersempena dengan pelancaran album Shila Amzah. Budiey dikhabarkan sebanyak 1000 unit cetakan pertama telah menemui peminat dengan album yang cireka khas dalam pakej edisi terhad. Tak sampai sebulan melancarkan album, Shila Amzah terus disibukkan untuk merencana album sulungnya di China. Jadi, sebaik sahaja selesai menghadiri Anugerah Planet Muzik, Shila Amzah terus terbang ke China untuk meneruskan agendanya kat sana, termasuklah menyiapkan album.

Antara rakan artis yang hadir, Dato’ Siti Nurhaliza yang merupakan idola Shila Amzah dari dulu lagi, pelakon Nazim Othman, Johan Asa’ari dan Erul turut hadir memberi sokongan di samping peminatnya yang menggelarkan diri mereka sebagai Shilalas.

Bagi Shila Amzah, showcase ini menjadi landasan baginya untuk mengadakan konsert sulungnya yang dirancang pada tahun depan. Showcase ini menjadi medan untuk mengukur sejauh mana penerimaan peminat dan beliau menantikan komen-komen membina dari peminat.

Rata-rata peminat terhibur dengan persembahan Shila malah mereka meminta Shila perform lagi. Antara lagu yang diperform ialah Maaf, Tulus, Cinta Hati,

Dari segi cara berkomunikasi, Budiey lihat Shila Amzah semakin matang melayan peminatnya dengan cara yang spontan dan bersahaja. Ternyata Shila dah lama mampu buat konsert kerana beliau boleh berinteraksi dengan peminat walaupun tanpa skrip.

Kehebatan vokal Shila Amzah tak perlu dipertikaikan lagi. Selain lagu dari album, Shila membawa lagu A Moment Like This yang menjadi tema untuk program Chinese Idol. selain lagu Patah Seribu dan lagu dari Adele secara medley iaitu lagu Rolling in The Deep, Rumor Has It dan Set Fire To The Rain.

Menurut Shila, selepas Anugerah Planet Muzik nanti, beliau akan jarang pulang ke Malaysia untuk memberi tumpuan sepenuhnya dengan karier seni di China. Shila rasa sangat bertuah kerana telah diberi kelonggaran oleh pihak pengurusan di sana.

Shila akan terlibat dengan satu rakaman istimewa yang menggandingkan beliau dengan empat superstar dunia merealisasikan sebuah projek yang bertujuan meraikan negara China itu sendiri.

Dari segi soal cinta dan peribadi pula, Shila Amzah akui dia kini lebih tenang dan tidak lagi dibelenggu oleh perasaan sendiri. Jika ditanya tentang cinta, Shila dah tak mahu mengulas lebih panjang kerana baginya sekarang karier seninya adalah fokus utama yang paling penting.

Gambar Sekitar Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Showcase Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Penyanyi Popular Dalam Filem Balada Pencinta

Ulasan Konsert Rock MPO di Dewan Filharmonik PETRONAS