in , ,

Ulasan Filem CHERMIN, Pembikinan Di Sebalik Layar

Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu tentang latar belakang serta seni pengambaran yang digunakan semasa pembikinan filem CHERMIN. Jom sama-sama kita ikuti artikel yang menyorot rahsia pembikinan filem seram ini.

Produksi telah bermula pada Ogos 2005 dan menamatkan hari penggambaran yang ke-37 dalam bulan September pada tahun yang sama. Sebahagian besar penggambaran babak-babak Chermin dijalankan dalam kawasan Janda Baik.

Pengarah seni, Andy Sulaiman mengubahsuaikan lokasi lapang di Janda Baik untuk penggambaran. Villa Khasro merupakan lokasi sebahagian besar babak, terpaksa diubahsuai untuk kedua-dua babak zaman moden dan juga babak tahun 1930an.

“Andy mempunyai tugasan yang sukar di pertengahan sesi penggambaran untuk mengubahsuai keseluruhan set kepada sebuah rumah Melayu tipikal zaman 1930an, sebab saya mahu cerita tersebut berlokasi di dalam rumah.”

– Andy Sulaiman

Set-set lain yang perlu diubahsuainya ialah rumah bomoh yang penggambarannya dijalankan di ladang getah bertentangan dengan tanah perkuburan.

Bilik tidur Yusuf yang pada asalnya sebuah bilik buruk yang belum siap dibina telah diubahsuai menjadi tempat tinggal teruna bandar yang moden.

421842743 A42F138C69 | 4

SENI PERFILEMAN
Penerbit-penerbit filem Chermin bekerjasama untuk mencipta suatu gambaran yang berbeza dari segi fotografi, koleksi kostum dan arahan seni. Gambaran tersebut sangat dipengaruhi oleh filem-filem Gothik, lukisan-lukisan ekspresionis dan warna-warna batik.

Warna merupakan perkara amat penting yang pengarah Zarina titikberatkan.

“Warna merah melambangkan dendam, sebab itulah saya mahukan ‘hantu’ tersebut memakai kebaya merah dan bukannya warna tradisi, iaitu putih.”

Dari segi fotografi, rujukan-rujukan telah dibuat kepada lukisan-lukisan ekspresionis dan filem-filem Francis Ford Coppolo seperti Dracula, The Others, The Exorcist dan wayang-wayang seram Gothik yang lama.

Penerbit-penerbit filem tersebut bekerjasama mencipta suatu gambaran yang kaya dengan warna, dengan ton-ton mesra dan bukannya warna-warna sejuk yang tipikal dengan filem-filem seram Asia.

“Gambaran filem ini kaya dari segi visual disebabkan warna, koleksi kostum, set, pencahayaan, ia sebenarnya sebuah filem seram yang indah. Ia bukan filem seram yang biasa.”

Filem ini juga terdiri daripada lebih seratus penggambaran kesan visual, dan skrin biru/hijau telah digunakan untuk beberapa penggambaran.

“Adalah sungguh susah untuk membuat penggambaran sebuah cermin disebabkan masalah ternampaknya imbasan kamera, jadi untuk mengatasi masalah ini, kami menggunakan cermin berskrin hijau.”

421841901 Eeddfc3387 | 5

KESAN-KESAN KHAS: KEMALANGAN KERETA

“Terdapat satu babak kemalangan besar dalam wayang ini yang kelihatan sungguh sempurna sehinggakan ramai yang menyangka ia adalah CGI. Saya menyakinkan anda bahawa ia memang benar!!”

Babak kemalangan itu telah dirancang dengan teliti oleh pelagak ngeri Najmi Ismail, seorang pelagak ngeri yang dilatih di UK dengan filem terpujinya terakhir ialah KL Menjerit.

“Kami hanya mampu membuat satu penggambaran kerana kami hanya mempunyai sebuah kereta, ia sungguh mengerunkan tetapi pelagak ngeri Najmi benar-benar telah melakukan kerja yang mengagumkan. Ia sememangnya seperti yang telah dirancang.”

421841938 E7Fff9E38F | 6

KESAN-KESAN KHAS: PERSOLEKAN
Adnan Rahman atau yang lebih dikenali sebagai ‘Nan’ bertanggungjawab terhadap kumpulan koleksi kostum dan kumpulan persolekan, Ateh (kesan-kesan khas persolekan) dan Ati (persolekan).

“Disebabkan Nasrin mempunyai parut untuk hampir keseluruhan filem, ia merupakan satu tugas yang sukar untuk mengekalkan parut tersebut kelihatan konsistan sedangkan penggambaran kami tidak mengikut susunan. Juga parut tersebut perlu diubah kerana apabila Nasrin semakin dihantui, parut tersebut mula sembuh.”

Kumpulan kesan-kesan khas juga mengusahakan ‘tangan raksasa’ bermisteri yang membunuh dan menghantui semua orang.

“Walaupun ia hanyalah satu tangan, tetapi ia benar-benar kelihatan mengerunkan.”

421842858 0696768Cdd | 7

KOLEKSI KOSTUM
Koleksi kostum juga memainkan peranan yang penting dalam menceritakan kisah Chermin. Nan, pereka kostum kami dan kumpulannya telah mencipta kostum-kostum yang terperinci untuk babak masa silam.

“Mastura mempunyai 5 pertukaran kostum dan kami telah berbincang pada awalnya yang Mastura akan memakai warna-warna yang pekat yang bergayakan baju tradisi kebaya Johor yang panjang manakala Zahrah pula bergayakan kebaya pendek warna kuning dan merah jambu dengan ton yang lebih muda.”

Warna merah ditonjolkan dengan banyaknya dalam filem ini kerana ia sungguh kaya dari segi visual pada filem, dan secara tradisinya dikaitkan dengan bahaya. Mastura membunuh dan menghantui dengan berbajukan kebaya merah pedas dan kesemua mangsa sumpahan mati dengan berpakaian merah.

Nasrin mengalami banyak perubahan emosi dan ini dibayangkan melalui kostumnya – dia bermula dalam ton lembut yang lebih muda dan selepas dihantui, dia memakai warna-warna yang lebih pekat. Juga dia mula memakai kebaya semasa terikut-ikut persona Mastura.

421843484 C661B16E7B | 8

POST PRODUKSI – MUZIK
Skor asal untuk filem ini digubah oleh komposer pemenang anugerah berbakat Adeline Wong. Ini merupakan filem ceteranya yang pertama. Skor filem tersebut merupakan campuran muzik klasik barat dan muzik tradisi Melayu.

“Filem seram semuanya berkenaan dengan muzik dan bunyi, kami inginkan filem ini mempunyai skor unik yang tidak sama seperti filem-filem lain.”

Adeline hadir semasa pre-produksi di mana dia berbincang dengan pengarah mengenai alat-alat muzik dan gaya muzik yang Adeline akan gunakan, dia juga mengunjungi set untuk ‘merasai’ filem tersebut dan memulakan kerja sebaik sahaja terdapatnya edit akhir.

Skor tersebut menggunakan banyak suara, alat muzik bertali dan alat muzik tradisi seperti rebab, gendang, gong.

421843652 6Fa9D47B1C | 9

KESAN-KESAN VISUAL
Filem ini mengandungi lebih daripada 100 kesan-kesan visual, sebahagiannya melibatkan skrin hijau dan CGI. Kerja-kerja pre-viz dijalankan di Malaysia bersama Nu Org dan kerja-kerja akhir kesan-kesan visual telah dijalankan di Oriental Post, Thailand.

Selain dari PGL, filem ini adalah yang kedua di Malaysia yang melalui DI (Digital Intermediate atau Perantara Digital) sepenuhnya disebabkan ia mempunyai banyak kesan-kesan visual dan keperluan penggredan filem.

“Saya bekerja rapat dengan perekabentuk-perekabentuk di Oriental Post kerana saya sangat mengutamakan jenis-jenis gambaran yang diberikan oleh kesan-kesan, terdapat banyak rujukan-rujukan visual kepada lukisan-lukisan dan gambar-gambar.”

421844303 99D1D79504 | 10
421844442 35Fc557988 | 11
421843081 06Bd5A2732 | 12

Pereka bentuk telah mereka satu “roh cermin raksasa” yang kelihatan unik. Ia diilhamkan dari sebuah lukisan Francis Bacon.

Gambaran filem ini juga sangat spesifik disebabkan ia perlu kaya dengan warna-warna visual.

“Saya bekerja dengan pengadun warna filem yang terkenal, John Gavin yang sebelum ini telah mengusahakan filem Kung Fu Hustle, dan kami mencipta satu gambaran yang penuh bersemangat lagi bertenaga untuk filem ini. Ia tidak seperti filem-filem seram yang lain.”

Mampukah filem Chermin menandingi filem-filem seram yang sudah pun berlonggokkan di pasaran filem tempatan? Atau sekadar hanya menjadi santapan bagi peminat filem seram yang sudah muak dengan gaya penceritaan yang sama? Ingin melihat pembaharuan? Tonton CHERMIN!

Harapan saya semoga filem ini akan mendapat kutipan tinggi sebagaimana yang diharapkan oleh krew penerbitan.

kredit fakta: Starry Eye Productions

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farid Kamil | 40

Chermin To Be Screened At Italian Film Festival

Gadgetmodel Hiasan | 41

Promo Showcase Sunday Nite Live With V.E. di Planet Hollywood Kuala Lumpur