in , ,

Promo Showcase Sunday Nite Live With V.E. di Planet Hollywood Kuala Lumpur

Siri Sunday Nite Live 2007 dengan bangganya mempersembahkan anda semua sebuah kumpulan R&B tempatan yang cukup tersohor di Malaysia ini; V.E.!

SUNDAY NITE LIVE mempersembahkan V.E.

Mari Berdansa Bersama Kami!

MASA: 10.30 Malam

TARIKH: 22  & 29  April 2007

Mereka akan menggegarkan pentas utama Planet Hollywood pada dua malam di bulan hadapan iaitu pada 22 dan 29 April 2007 ini. Persembahan yang akan bermula pada pukul 10.30 malam ini bakal menyaksikan kehebatan lima orang anak muda ini kembali beraksi buat kesekalian kalinya di pentas yang tidak lagi asing bagi mereka ini.

V.E. atau singkatan nama bagi Voices of Euphonious ditubuhkan oleh sekumpulan anak remaja pada tahun 1994 di Kuala Lumpur. Mereka memperjudikan genre muzik berbentuk acapella dan soul R&B, di mana ia merupakan genre muzik yang tidak begitu dikenali 10 tahun yang lalu.

Tetapi itu semua tidak menjadi batu penghalang buat mereka. Usaha demi usaha, cubaan V.E. mula di terima ramai dan bertitik tolak dari situlah V.E. mula di kenali dan seterusnya menjadi di antara perintis terawal yang memperjuangkan genre muzik R&B di Malaysia.

Berbekalkan bakat yang cukup besar sekali, daya kreativiti yang tinggi dan suara yang tidak boleh di sangkal lagi kehebatannya, V.E. berjaya berdiri di langkauan artis-artis tersohor yang ada hari ini! Satu pencapaian yang cukup dibanggakan bagi pendatang baru di arena muzik tanah air kita.

Seperti kebanyakkan anak-anak muda lain, Zaf (Zafri Nazaruddin), Lah (Abdullah Ahmad) dan Shah (Shahrin Azmir Mohd Shaharuddin) mula berjinak-jinak dengan nyanyian apabila sering berlatih menyanyi di tepi-tepi jalan, anak-anak tangga dan ketika itu mereka di kenali dengan nama Euphonious.

Pada tahun 1996, mereka menyertai satu pertandingan mencari bakat-bakat baru; “Pepsi Young Challenge Discovery” dan berjaya mendapat tempat kedua! Bertitik tolak dari kemenangan itulah, mereka mula dihujani dengan tawaran merakamkan album dari syarikat-syarikat rakaman tempatan, tetapi satu persatu terpaksa di tolak kerana masing-masing mempunyai komitmen sebagai pelajar.

Hanya pada tahun 1998, mereka bertiga membuat keputusan untuk menyertai sebuah syarikat rakaman label Indie (N.I.B Production) dan seterusnya melahirkan album kompilasi bersama bertajuk “Ilham Volume 1”. Cham (Charma Adizalilullah Abdul Khalil) kemudiannya menyertai mereka selepas kelahiran album kompilasi tersebut.

Mereka berempat kemudiannya berjaya melahirkan album kolaborasi bertajuk “Extreme Pleasures” bersama dengan sebuah lagi kumpulan vokal tempatan yang lain.

Pada tahun 2003, Damian ‘Shortysoul’ (Damian Seet) menyertai kumpulan V.E., menjadikan mereka lima orang di dalam kumpulan vokal yang makin meningkat naik ini. V.E. mula mencuri perhatian mereka yang ada di luar sana dan ini terbukti apabila mereka mendapat banyak jemputan-jemputan persembahan sebaris dengan artis- artis lain seperti Too Phat, Innuendo dan ramai lagi.

Percubaan melahirkan single mereka sendiri yang bertajuk ‘Party Like This’ pada awal tahun 2004 ternyata membuahkan hasil apabila sebuah syarikat rakaman bertaraf antarabangsa EMI Malaysia menawarkan kontrak rakaman kepada kumpulan V.E. dan seterusnya melahirkan album “For You” pada Disember 2004.

Pada saat ini, V.E. sudah cukup di kenali oleh semua penggemar muzik yang ada di luar sana dan rezeki mereka makin melimpah ruah dari hari ke hari.

Kini, V.E. sudah bersedia untuk kembali beraksi di pentas utama Planet Hollywood dan mereka menjanjikan hanya yang terbaik sahaja untuk peminat-peminat mereka di luar sana ! Lagu-lagu hits mereka seperti ‘Party Like This’, ‘Pop Ye Ye!’, ‘Ayu’, ‘Message Girl’ dan banyak lagi akan di persembahkan dan mereka percaya ini merupakan salah satu cara mereka mengekspresikan tanda terima kasih kepada para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong mereka sepanjang lebih dari sepuluh tahun di industri muzik tanah air ini.

Sunday Nite Live di Planet Hollywood mempersembahkan showcase secara langsung yang terdiri daripada barisan artis yang popular di Malaysia. Persembahan yang terbaik, terulung dan juga bakat mereka yang unik dapat dilihat secara dekat dan intimasi.

Antara artis-artis yang telah membuat persembahan di bawah siri Sunday Nite Live termasuklah Siti Sarah, M.Nasir, Ning Baizura, Search dan yang terbaru sekali Jaclyn Victor, Lefthanded, Misha Omar, Sheila Majid, Wings, Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah, Ella dan Hazami.

Bagi peminat-peminat muzik berentak R&B di luar sana , jangan lepaskan peluang untuk di hiburkan oleh V.E. dengan suara dan persembahan mereka yang tersendiri, di dalam suasana yang penuh intimasi.

V.E. akan diiringi oleh barisan pemuzik terkenal tanah air yang cukup berbakat. 

Waktu persembahan bermula pada jam 10.30 malam, dan ia akan berlangsung selama 45 minit setiap satu set.

V.E. juga menjemput setiap peminat yang hadir menonton persembahan mereka malam itu untuk memakai pakaian bewarna Hitam & Putih pada 22 April dan Hitam & Merah pada 29 April 2007. Sudah pasti kedua-dua malam tersebut bakal menjadi penyeri bulan April anda! Jumpa anda di sana !

Bayaran masuk bagi Sunday Nite Live bersama V.E. ialah RM 40, termasuk satu minuman percuma.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem CHERMIN, Pembikinan Di Sebalik Layar

Coretan Diari Blog Aizat AF5