in

Ujibakat Kembara Si Manja Mencari Pasangan Anak Beranak

Sesi ujibakat mencari pasangan anak-beranak kini dibuka!

Sebuah lagi program realiti permainan terbaru di Astro Ceria!

Sejajar dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak membangun, Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah program realiti permainan terbaru berjudul Kembara Si Manja yang akan memulakan sesi ujibakat pada 28 Januari kelak dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Astro, Bukit Jalil.

kembar

Program Kembara Si Manja ini bakal menampilkan pasukan-pasukan yang terdiri daripada pasangan seorang anak bersama ibu atau bapa mereka untuk mengharungi cabaran yang asing bagi mereka. Setiap pasangan yang terpilih bakal berentap sesama sendiri untuk pulang dengan hadiah lumayan.

Pengurus saluran Astro Ceria, Puan Evon Koh berkata, ”Istimewa untuk program ini ialah kami bakal memaparkan pelbagai cabaran yang tiada kaitan dengan subjek di sekolah tetapi sebaliknya cabaran tersebut bakal menguji ketahanan fizikal dan mental masing-masing. Kami yakin cabaran yang bakal dihadapi pasti dapat memukau hati penonton dengan gelagat mereka yang tersendiri. Di dalam program ini, kami berhasrat untuk memupuk semangat kerjasama di antara pasangan anak-beranak dalam menghadapi pelbagai jenis cabaran.”

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program Kembara Si Manja, sila datang beramai-ramai ke ujibakat yang bakal dijalankan pada 28 Januari ini di Astro Bukit Jalil.

Sesi uji bakat ini terbuka kepada pasangan ibu atau bapa bersama anak yang fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berumur 25 tahun keatas bagi ibu atau bapa dan antara 6 hingga 8 tahun bagi kanak-kanak. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan dan Mykid (untuk anak jika ada) berserta sekeping gambar terkini berukuran 4R.

Kaunter pendaftaran bagi sesi ujibakat akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Program Kembara Si Manja ini akan mula bersiaran di Astro Ceria menerusi Saluran 611 pada 11 Mac 2012. Butiran lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. hello adik adik saya kakak nana kakak lihat adik adik sungguh gembira kerana menang dan bagi adik adik yang kalah jangan bersedih teruskan usaha ………

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha

Jaclyn Victor Kini Berkahwin Dengan KRU Music