in

Jaclyn Victor Kini Berkahwin Dengan KRU Music

JACLYN VICTOR KINI BERKAHWIN DENGAN KRU MUSIC

Tahniah! Nampaknya penyanyi bersuara lantang kini makin meluaskan empayarnya. Siang tadi, Jaclyn Victor telah pun selamat disandingkan dengan KRU Music. Disaksikan oleh Edry KRU & beberapa media yang hadir di majlis penuh santai di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

VIDEO JACLYN VICTOR NYANYI SEBELAH JIWAKU

Siapa yang tak mengenali figura bernama Jaclyn Victor, antara permata seni yang menghiasi industri hiburan tanahair. Tidak dinafikan perjalanan karier seni beliau agak konsisten semenjak bergelar juara Malaysian Idol yang pertama. Namun, Jaclyn Victor atau lebih senang dikenali sebagai Jac, ingin mencari kelainan dalam memantapkan kariernya dalam bidang nyanyian.

Jaclyn Victor

Untuk itu, Jaclyn Victor telah memilih untuk bernaung di bawah KRU Music dan hari ini majlis menandatangani kontrak di antara beliau dan KC Ismail selaku Timbalan Presiden, KRU Music selamat disempurnakan. Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah Edry Abdul Halim selaku komposer yang bakal mencipta dan menerbitkan album Jaclyn Victor.

KRU Music sememangnya sudah lama mengikuti perjalanan karier seni Jaclyn Victor. Kemantapan dan keunikan vokal yang beliau miliki tidak pernah menghampakan tatkala menghiburkan audiens. Jaclyn Victor sememangnya berada dalam kelasnya yang tersendiri.

“Kami teruja untuk membuka tirai 2012 dengan memeterai kontrak bersama Jaclyn Victor. Banyak yang telah kami rancang dan atur untuk meningkatkan karier Jac sebagai artis residen kami” kata KC Ismail, Timbalan Presiden KRU Music.

“Sebagai permulaan, Jac bakal tampil dengan single terbaru berjudul Sebelah Jiwaku ciptaan Edry Abdul Halim dan lagu berkenaan akan dilancarkan pada Februari akan datang”.

“Pihak kami juga telah merancang untuk menerbitkan sebuah album penuh untuk Jac yang mengandungi lima buah lagu Melayu dan satu lagu Inggeris. Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan termasuklah Sebelah Jiwaku, satu lagu tema untuk filem drama muzikal 29 Februari di bawah arahan Edry Abdul Halim dan satu lagu Inggeris untuk filem animasi 3D Ribbit di bawah arahan Chuck Powers”, kata KC Ismail menamatkan perbualan

“Kolaborasi ini tiba tepat pada masanya. Jenama KRU sendiri sudah berada di dalam industri muzik tanah air selama hampir 20 tahun dan sehingga kini mereka sudah pun memiliki sebuah empayar muzik dan perfileman yang gah bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat global” kata Jaclyn Victor.

“Saya melihat ini sebagai satu bentuk kerjasama yang positif bagi kerjaya seni saya. Saya juga amat berbesar hati menjadi sebahagian dari ahli keluarga KRU Music” ujarnya lagi.

Edry Abdul Halim turut memuji kemampuan Jaclyn Victor sebagai seorang penyanyi versatil. “Ketika kami berkerjasama untuk lagu Sedetik Lebih, saya dapat merasakan yang Jac mampu membawakan lagu-lagu ciptaan saya dengan gayanya yang tersendiri.”

“Lalu saya gubah Sebelah Jiwaku khas untuk Jac. Lagu ini menceritakan tentang kekuatan yang terdapat pada seorang wanita untuk meneruskan kehidupan setelah gagal di dalam pencintaan” tambah Edry lagi.

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Kembara Si Manja Mencari Pasangan Anak Beranak

Program TV Green Kids Pupuk Cintai Alam Sekitar