in ,

Ucapan Hafiz AF7 Sempena Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti

Masa bertemu Hafiz AF7 di Sidang Media Anugerah Juara Lagu 24 semalam, juara Akademi Fantasia muim ke 7 dan juga bakat baru Brands Generasi Hebat ini sempat memberikan ucapan sempena sambutan ulangtahun ke-3 Budiey.com yang akan diadakan di Neway Karaoke pada 24 Januari 2009 nanti. Brands juga menjadi salah satu penaja goodie bag untuk parti budiey.com ini nanti.

Kata Hafiz, dalam kita berhibur dan sibuk dengan duniawi, jangan lupa pada Tuhan. Semoga semuanya diberkati.

Kepada pembaca yang ingin join, jangan lupa layari budiey.com dari masa ke semasa untuk mengetahui bagaimana caranya. Banyak hadiah goodies sedang menanti korang semua! T-shirt eksklusif Budiey.com sudah pun dihantar untuk dicetak! See you there!

Budiey juga sempat mengambil foto Hafiz AF7 yang sentiasa ceria dan galak! Oh ya! Cabutan undi giliran persembahan dah pun dicabut.

Giliran Hafiz di tempat No.4 dan akan menyanyikan lagu Masih Jelas selepas Black nyanyi lagu Aku Rindu Sayang Kamu. Sekarang ini, Hafiz masih memikirkan tema, konsep persembahannya nanti. Good luck Hafiz!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Juara Lagu Ke 24

Radio CTFM, Radio Khas Buat Peminat Dato Siti Nurhaliza