in ,

Radio CTFM, Radio Khas Buat Peminat Dato Siti Nurhaliza

Pernah dengar Radio CTFM? Kalau tak pernah dengar, atau pernah dengar tapi tak pasti bila dan kat mana, inilah masanya untuk mengenali radio ini… Radio CTFM. Jom, Budiey kali ini nak ajak korang berkenalan dengan Radio CTFM.

Sebenarnya, Budiey adalah salah seorang deejay Radio CTFM, namun kerana terlalu sibuk dengan komitmen menjadi blogger, serta dihambat lagi dengan kesuntukan masa untuk mengadakan parti ulangtahun ke-3 budiey.com, jadi, Budiey meletakkan jawatan seketika. Namun, Budiey sekarang ini dilantik sebagai penasihat Radio CTFM.

4189239649 0564449515 O | 4

Radio CTFM adalah stesen internet radio yang ditubuhkan Khas kepada Peminat Dato’ Siti Nurhaliza oleh salah seorang peminat di singapura dan telah beroperasi sejak 15 Jun 2009, Radio ini ditubuhkan atas dasar minat terhadap perjalanan seni Dato’ Siti Nurhaliza, juga selepas laman web versi unofficial HDSN.

Seharusnya, Dato’ Siti Nurhaliza berbangga kerana ini adalah radio online pertama yang diwujudkan oleh para peminat di Malaysia.

Lagu-lagu yang diputarkan hanya lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza; lagu lagu dari album, nyanyian konsert live, konsert tribute dan macam macam lagi. Semuanya PASTI DATO SITI NURHALIZA!

Radio ini mempunyai 3 orang DJ yang bertugas; Dj Khyree dan Dj Liah menetap di Singapura manakala Dj Aiman Haqimy menetap di Malaysia. Radio ini mempunyai tagline yang tersendiri – Stesen Internet Radio Interaktif Milik Bersama Peminat Dato Siti Nurhaliza,

Di antara segmen menarik yang sering mendapat perhatian pendengar adalah segmen Santai D CTFM dimana permintaan khas lagu lagu dato siti nurhaliza dilakukan. Review Cakera Padat pula membuat ulasan tentang album dato siti nurhaliza. Slot Carta CT20, mengira 20 lagu paling popular dato siti nurhaliza, di radio ctfm, pendengar harus mengundi lagu kegemaran mereka dan mendengar siaran carta CT20 untuk keputusannya

Selain dari mendengar radio ctfm, CTFM juga kerap kali mengadakan pertandingan/peraduan khas. Pendengar ctfm boleh mengambil bahagian dalam peraduan/pertandingan itu mengikut peraturan yang disediakan dan berpeluang memenangi hadiah.

Radio CTFM boleh anda dengar melalui lelaman http://www.ctfm.webs.com, pastikan computer anda telah dipasang aplikasi Flatcast terlebih dahulu (aplikasi boleh dimuatturun di lelaman ctfm)

INFO SIARAN

Santai D CTFM – Setiap Hari Isnin @ 8.45 Malam – 12.00 Tgh Malam
8.45 – 11.00 Malam (Permintaan Lagu BALADA)
11.00 – 12.00 Tengah Malam (Permintaan Lagu Tradisional)
Slot Khas CTFM – Setiap Hari Selasa @ 9.00 Malam – 11.45 Malam
Review Cakera Padat – Setiap Hari Rabu @ 9.15 Malam – 11.45 Malam
Keletah Kak Som – Setiap Hari Khamis @ 9.15 Malam – 11.45 Malam
Carta CT20 – Setiap Hari Jumaat @ 9.15 Malam – 11.45 Malam
[email protected] – Setiap Hari Sabtu – Ahad; Jam 12 Tgh Malam – 12 Tgh Malam

4189226537 80391Fc337 O | 5

INFO KREW CTFM

1 – Budiey Isma Alifi  (Penasihat CTFM)

2 – Mohammad Ikram Muzammil Bin Idrus (Pegawai Pemasaran & Operasi)

3 – Khairee Bin Mohamed Karim (Pengurus CTFM, Dj dan Penerbit Rancangan CTFM)

4 – Nur Fazliah Bte Mohamed Ali – (Asisten Penerbit Rancangan CTFM, Dj)

5 – Aiman Haqimy Bin Suffian – (DJ)

6 – Mohd Fezi B. Mustafa – (Ketua Pegawai Promosi CTFM)

7 – Nor Fatehah Mohammed Mokhtar – (Asisten Pegawai Promosi, Moderator Unit Hiburan CTFM

Pengalaman Budiey mendengar Radio CTFM – Mulanya, Budiey kenal radio CTFM ni dari Facebook. Saje suka-suka klik nak tahu apa itu Radio CTFM. Lagi pun, sebelum tu, Budiey dah kenal lama dengan peminat Siti Nurhaliza yang menggelarkan dirinya DJKhairee yang memperkenalkan radio ini kepada Budiey. Ternyata radio yang boleh didengar di talian ini sangat mudah dinikmati sebenarnya. Apa yang perlu ialah anda hanya memuatturun Flatcast kemudian korang boleh terus mendengar siaran lagu-lagu dari suara lunak merdu Siti Nurhaliza. Bukan itu sahaja, korang boleh chatting juga dengan peminat yang lain.

Jom layarinya: http://www.ctfm.webs.com

Selamat mendengar Radio CTFM!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Hafiz AF7 Sempena Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti

Zizie Ezette & Datuk Bung Mokhtar Radin Dah Kahwin?