in

Two and A Half Men, The Shot, How I Met Your Mother di NTV7

…HANGATKAN MALAM AHAD ANDA DENGAN PROGRAM HOLLYWOOD TERBAIK DI ntv7…

Serikan malam Ahad anda bersama himpunan rancangan terhebat dari komedi ke misteri seperti Two and A Half Men Musim Keenam, The Shot, How I Met Your Mother Musim Ketiga dan CSI: Miami Musim Keenam.

Two and A Half Men kembali dengan musim keenam yang lebih menyengat! Program mencuit hati ini mengisahkan Charlie, seorang bujang tua yang tidak pernah kenal erti tanggungjawab. Mempunyai sebuah rumah di tepi pantai, kerete mewah Jaguar dan sering bertukar wanita, cara hidup Malibu yang dipraktikkan oleh Charlie seakan terjejas apabila abangnya, Alan yang baru bercerai muncul di depan pintunya suatu hari untuk menetap bersama-samanya, tidak ketinggalan, anaknya Jake.   

Pastinya, kehidupan tiga watak berbeza ini di bawah satu bumbung mencetuskan pelbagai babak menggelikan hati apabila keadaan memaksa mereka untuk berlagak lebih matang dan bertanggungjawab. Keadaan menjadi lebih menarik apabila ibu mereka, Evelyn, seorang wanita yang sungguh possesif muncul di dalam kehidupan mereka. Juga, jangan lupa pada bekas isteri Alan yang menjengkelkan, Judith, dan jiran Charlie, Rose yang kembali dengan strateginya yang lucu dan tidak masuk akal demi memikat Charlie.  

Pelakon komedi terkenal Charlie Sheen memegang watak sebagai Charlie, seorang kasanova yang sentiasa ingin kekal bujang. Dia bertugas sebagai penulis lirik lagu kanak-kanak. Sering menggunakan adiknya sebagai subjek sindirannya, namun jauh di sudut hati, kedua adik beradik ini cukup menyayangi antara satu sama lain.         

Calon Anugerah Emmy, Jon Cryer pula melakonkan karakter yang paling praktikal, Alan. Sikapnya cukup berlawanan dengan abangnya, Anak lelaki Alan, Jake (Angus T.Jones), seorang kanak-kanak yang kurang berjaya dan sering menghabiskan masa lapangnya dengan permainan video, makanan, menonton televisyen dan tidur. Dia cukup menyayangi bapa dan bapa saudaranya walaupun sering mengguris hati mereka. Jadi, lengkapkan malam anda dengan Two and and A Half Men Musim keenam setiap Ahad, 11.00 malam. 

Di samping itu, siri realiti terbaru, The Shot, mencari jurugambar terbaik di serantau dunia. Dengan 10 orang jurugambar amatur yang didorong oleh satu impian yang sama, The Shot akan membuktikan yang kesempurnaan sesuatu gambar itu adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai.

Peserta akan tinggal dan bekerja di Los Angeles sementara dilatih oleh jurugambar fesyen ternama Rusell James, jurugambar utama untuk Victoria’s Secret. Peminat fotografi ini bakal mengharungi pelbagai siri penggambaran bagi menguji kreativiti serta membongkar kelemahan masing-masing.    

Merupakan pengalaman sekali dalam seumur hidup, peserta ini akan bekerja dengan supermodel dan beberapa profesyen hebat tatkala menjelajah lokasi eksotik dengan satu tujuan – untuk menterjemah lokasi indah itu dalam satu bentuk visual yang paling indah. Pelajarilah tips professional dan saksikan kemahiran fotografi yang tiada tandingannya apabila The Shot, bersiaran setiap Ahad, mulai 10 Mei, jam 10.00 malam hanya di ntv7!          

Berhiburlah dengan musim terbaru siri, How I Met Your Mother. Ia menceritakan kisah silam Ted dan bagaimana dia jatuh cinta. Segalanya bermula dengan rakan karib Ted iaitu Marshall yang telah mendedahkan rahsia yang dia akan melamar kekasihnya, Lily. Khabar itu benar-benar membuatkan Ted resah dan dia mula menjejaki cinta sejati yang kemudiannya diwarnai dengan pelbagai drama melucukan. Bersama-sama dengan pendapat Barney yang agak luar biasa, segalanya bertukar menjadi lebih menghiburkan. Segalanya kelihatan sempurana apabila dia bertemu dengan Robin (Cobie Smulders). Ted yakin itu adalah cinta pandang pertama yang akan berakhir dengan jinjang pelamin namun takdir mungkin tidak berpihak padanya. 

Josh Radnor membintangi watak Ted, seorang arkitek yang mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Ted kembali ke zaman silap apabila dia mula menceritakan bagaimana dia menemui ibu mereka. Isteri Marshall, Lily (Alyson Hannigan) merupakan seorang guru tadika yang juga ketua kumpulan.

Selain itu, Barney (Neil Patrick Harris) yang kerap bertukar wanita pula seorang yang sentiasa tampil kemas dan berpakaian sut. Saksikan kisah Ted yang menarik ini sementara kami merungkai kisahnya satu persatu di How I Met Your Mother Musim Ketiga setiap Ahad pada jam 11:30 malam mulai 17 Mei 2009.      

Sertai Horation Cane, bekas detektif homisid yang mengetuai sekumpulan penyiasat untuk membongkar jenayah pembunuhan di Miami yang berlatarkan musim panas dan tropika dalam CSI: Miami Musim Keenam.    

David Caruso melakonkan watak Horation Caine, senior Leftenan MDPD yang mengetuai rakan penyiasatnya termasuklah Calleigh Dupense (Emily Procter), jelitawan Selatan yang dikurniakan dengan keistimewaan balistik serta Eric Delko (Adam Rodrigues) seorang yang cukup arif dalam selok-belok jalan air di Florida yang sebenarnya satu kemudahan utama terutamanya di Miami.

Jangan lupa pada Ryan Wolfe (Jonathan Togo) yang menyertai unit berkenaan dua tahun lepas namun mendapati dirinya masih sukar untuk menyesuaikan diri; Alex Woods (Khandi Alexander) seorang pakar perubatan dan Natalia Boa Vista (Eva LaRue), seorang gadis misteri dan pakar DNA yang sering ditugaskan untuk menyelesaikan kes ngeri.   

Sertai pasukan yang terdiri dari individu bepengalaman dan berbakat ini bersama CSI: Miami setiap Ahad, 8.30 malam mulai 14 Jun 2009.      

Jadi, ceriakan dan hangatkan suasana malam ahad anda dengan koleksi rancangan terbaik ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya

Hotlink Sends Lucky Customer to Watch American Idol