in ,

Twitter Lancar Fleets, Ciapan Yang Dipadam Secara Automatik Selepas 24 Jam

Jika Instagram, Facebook dan WhatsApp mempunyai fungsi Stories yang membolehkan pengguna untuk berkongsi kandungan yang akan dipadamkan selepas 24 jam, kini Twitter juga menawarkan fungsi yang serupa bernama Fleets.

Dengan fungsi ini, pengguna kini boleh membuat ciapan, gambar dan video yang akan dipadam 24 jam selepas ia dimuat naik ke dalam profil mereka.

Twitter telah pun menguji fungsi ini di Brazil, Itali, India dan Korea Selatan, dan mereka mendapati pengguna lebih kerap memuat naik ciapan jika mereka menggunakan Fleets. Pada waktu artikel ditulis, Fleets masih belum terdapat untuk pengguna Twitter di Malaysia.

Selain fungsi baru ini, media juga melaporkan bahawa Twitter sedang mengusahakan fungsi perbincangan audio seperti yang terdapat dalam aplikasi Clubhouse.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Graduan Memilih TM Sebagai Majikan Paling Menarik Di Malaysia

SALAM DARI MAYA Tampilkan Penyanyi-Penyanyi Menerusi Program Secara Virtual