in , ,

SALAM DARI MAYA Tampilkan Penyanyi-Penyanyi Menerusi Program Secara Virtual

Serangan pendemik Covid-19 yang hingga kini masih belum ada titik noktah telah meninggalkan impak yang cukup besar buat industri muzik tanah air. Pelbagai acara muzik termasuklah pelancaran album, showcase, konsert, konsert jelajah dan anugerah muzik tidak dapat dilaksanakan.

Keadaan ini telah menyebabkan pendapatan artis, pemuzik dan pekerja-pekerja di belakang tabir telah terjejas dengan begitu teruk sekali. Biarpun ada yang mencuba untuk menceburi bidang lain, namun ada juga yang masih lagi menjadikan acara persembahan sebagai sumber pendapatan utama mereka. 

Segelintir pula tidak tahu bagaimana untuk menjana pendapatan dengan cara yang lain kerana muzik adalah kehidupan mereka.  Mereka menceburi bidang ini kerana bakat, skil, minat dan passion (kecintaan) yang ada terhadap muzik. 

SALAM DARI MAYA Tampilkan Penyanyi-Penyanyi Menerusi Program Secara Virtual

Menyedari hakikat ini, Mac Training Centre Sdn Bhd dengan usahasama FunkyBrigade MediaWorks Sdn Bhd, RCD Big Studio dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah program hiburan secara maya berjudul SALAM DARI MAYA.

Diterbitkan sebanyak lima episod, SALAM DARI MAYA yang berkonsepkan permintaan lagu daripada peminat secara visual menampilkan 10 penyanyi tanah air yang hebat iaitu Dato’ Jamal Abdillah, Ziana Zain, Nora, Zamani, Liza Hanim, Amir Ukays, Siti Nordiana, Tomok, Black dan Yamani Abdillah.

Menariknya, setiap episod menampilkan dua orang penyanyi dan bakal ditayangkan di saluran Youtube, Muzik Malaysia. 

SALAM DARI MAYA Tampilkan Penyanyi-Penyanyi Menerusi Program Secara Virtual

Penerbit SALAM DARI MAYA, Puan Samirah Hambali yang juga pengarah Urusan Mac Training Sdn Bhd berkata, idea mencetuskan program ini timbul setelah menyedari bahawa perlu adanya peluang pekerjaan buat pekerja industri kreatif khususnya industri muzik bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. 

“Pada waktu yang sama, kita juga menyedari bahawa pentingnya hiburan muzik kepada masyarakat dan dalam situasi keadaan sekarang hiburan muzik sangat diperlukan untuk meredakan tekanan masyarakat akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, kesemua artis memberikan respon yang cukup baik. Malah, mereka juga teruja dengan tawaran untuk menjayakan program ini kerana kebanyakannya rindu untuk membuat persembahan,”

– Puan Samirah Hambali
SALAM DARI MAYA Tampilkan Penyanyi-Penyanyi Menerusi Program Secara Virtual

“Bertitik-tolak daripada itu, kami terus membuat perancangan untuk menerbitkan program ini tanpa berkompromi tentang soal kualiti muzik dan produksi,”

– Puan Samirah Hambali
SALAM DARI MAYA Tampilkan Penyanyi-Penyanyi Menerusi Program Secara Virtual

Berikut adalah info mengenai setiap episod berserta tarikh tayangan:- 

EPISODARTISTARIKHWAKTUPlatform 
Epi 1Dato’ Jamal Abdillah & Yamani Abdillah 20 Nov 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia 
Epi 2 Ziana Zain & Liza Hanim24 Nob 2020 9 PMSaluran Youtube: Muzik Malaysia
Epi 3Zamani & Amir Ukays 24 Nov 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia
Epi 4 Siti Nordiana & Nora 1 Dis 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia
Epi 5 Tomok & Black 4Dis 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia

Konsep Program

Berkonsepkan permintaan lagu dalam bentuk visual, peminat-peminat telah diberi peluang untuk meminta lagu yang digemari daripada  nyanyian penyanyi idola mereka dengan cara menghantar rakaman video permintaan mereka kepada pihak produksi. 

Pihak produksi pula akan menghubungi penyanyi-penyanyi tersebut untuk menjayakan program SALAM DARI MAYA. Rakaman video yang dihantar peminat turut ditayangkan sewaktu rakaman bersama pennyanyi-penyanyi ini berlangsung.

Melalui cara ini, penyanyi-penyanyi hebat tanahair ini sebenarnya telah memberikan penghargaan buat peminat-peminat mereka yang selama ini telah menyokong kerjaya seni mereka dari awal pembabitan sehinggalah ke saat ini. 

SALAM DARI MAYA Tampilkan Penyanyi-Penyanyi Menerusi Program Secara Virtual

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Twitter Lancar Fleets, Ciapan Yang Dipadam Secara Automatik Selepas 24 Jam

Kasi Pecah Speaker! Cabaran Pelawak Merebut Peserta MIC ON