in ,

Graduan Memilih TM Sebagai Majikan Paling Menarik Di Malaysia

Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini telah diiktiraf sebagai salah satu Majikan Pilihan yang Paling Menarik untuk Bekerja pada tahun 2021 di Malaysia.

Selain itu, TM juga turut dianugerahkan 2 penghargaan lain di Anugerah Pilihan Graduan (GCA) Tahunan ke-3 itu.

Anugerah anjuran Talentbank itu merupakan anugerah yang mengiktiraf organisasi yang mengamalkan penjenamaan majikan cemerlang dan diiktiraf oleh lebih daripada 750 organisasi di seluruh negara.Kemenangan anugerah itu dicapai menerusi undian yang telah dibuat oleh lebih dari 24,000 pelajar universiti dari seluruh negara.Undian itu dibuat menerusi kaji selidik yang dijalankan sejak dari 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2020 lalu.

Graduan Memilih TM Sebagai Majikan Paling Menarik Di Malaysia

Untuk Kaji selidik GCA 2021 pula yang melibatkan para pelajar universiti, ia kini telah pun dibuka dari 1 September 2020 lalu dan akan berakhir pada 30 Jun 2021 nanti.Undian tersebut boleh dibuat di laman www.award.com.my/vote.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Dilihat Menyokong Peranti iPhone Sehingga 6 Tahun

Twitter Lancar Fleets, Ciapan Yang Dipadam Secara Automatik Selepas 24 Jam