in , ,

Sebuah Tribute! TV9 Siar Tayangan Istimewa Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid

Allahyarham Mamat Khalid Bintang Yang Tiada Galang Ganti Tinggalkan Filem Hebat Sebagai Kenangan

Industri tanah air kini kehilangan bintang yang tiada galang ganti, Allahyarham Mohamad Bin Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid semalam (24 Oktober 2021). Allahyarham merupakan seorang pengarah filem dan penulis lakon layar yang terkenal dengan filem-filem komedi seram serta sentiasa mempunyai idea-idea unik. Kenangan yang ditinggal buat peminat dipotretkan menerusi naskah hebat.

Sebagai tanda penghormatan dan kenangan, TV9 akan menayangkan enam filem arahan Allahyarham Mamat Khalid menerusi slot Kuasa 3 Malam bermula hari esok, 26 Oktober 2021 hingga 4 November 2021. Al-Fatihah dihadiahkan buat Allahyarham Mohamad Bin Mohd Khalid.

Rock-Poster

ROCK, 26 OKTOBER 2021, 9.30 MALAM

Pelakon: Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim

Rock mengisahkan sekumpulan remaja di era tahun 80-an yang bercita-cita mahu jadi terkenal sebagai kumpulan muzik rock. Zack, seorang pemain gitar dengan rakannya, Jijo yang mahir dalam bass, Black seorang drummer dan Amy sebagai vokalis dalam kumpulan itu. Mereka perlu mengharungi pelbagai ujian dan rintangan demi menggapai impian itu. 

Rock is a story about a group of young kids in the 80s who wanted to make it big in the rock music scene. Thus you have Zack (guitarist) and his friends Jijo (bass), Black (drum) and Amy (vocals) who have to go through all sorts of obstacles and comedic mishaps as they try to fulfil their dreams.

Rock Oo Poster

ROCK OO! 29 OKTOBER 2021, 8.30 MALAM

Pelakon: Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim

Rock OO! Ialah sekuel kepada filem Rock yang mengisahkan perjalanan sebuah band muzik ‘rock kapak’ yang bernama Rimba Bara yang gigih mencipta nama di persada seni tanah air. Amy Mat Piah (Que Haidar), seorang pemuda yang berpegang kepada prinsip bahawa budak kampung moden tidak akan mudah berputus asa dan berjanji akan membawa kembali ahli-ahli Rimba Bara – Jijo  (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black) untuk beraksi! 

Rock Oo! is a continuation of the film Rock, that tells the journey of a “rock kapak” band, Rimba Bara, who is determined to make a name for themselves in the local music scene, except that it is easier said than done. Que Haidar plays Amy Mat Piah, a young man who holds firm to the principle that a modern farm boy must not quit so easily, and wants nothing more than to bring the members of Rimba Bara – Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) and Mi Black (Azmi Black) back together.

RockBro-Poster

ROCK BRO, 30 OKTOBER 2021, 8.30 MALAM

Pelakon: Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim, Azmi

Kumpulan band rock, Rimba Bara masih berkecimpung dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik dalaman. Sementara itu, Jijoe bertemu dengan Ratu Rock, Ella di studio rakaman dan terus jatuh cinta dengannya. Demi mengejar cinta Ella, Jijoe sanggup meninggalkan Rimba Rock dan menjadi seorang kontraktor supaya hidupnya lebih stabil. Keputusan Jijoe bakal mengakibatkan perpisahan band Rimba Bara dan konflik mula melanda dalam kalangan ahli kumpulan itu. 

Rock band Rimba Bara continues to struggle in the music industry that is full of political games. Meanwhile, Jijoe comes across rock queen Ella in a recording studio and falls in love with her. Jijoe loves her so much that he is willing to leave behind his rock music life and become an F-class contractor so that he will have a more secure life. This causes Rimba Bara to fall apart and various conflicts arise.

Rock-4-Poster

ROCK 4: ROCKERS NEVER DIE, 2 NOVEMBER 2021, 9.30 MALAM

Pelakon: Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry

Ronnie James Dio ataupun juga dikenali sebagai Sharwani Aduha Mat Lahad sedarkan diri selepas koma untuk 20 tahun akibat sebuah kemalangan jalan raya. Dio terkenang masa lampau dimana dia terlibat dalam kumpulan Rimba Bara. Oleh itu, Dio membuat keputusan untuk mendirikan band baharu yang dinamakan sebagai Rimba Bara 2. Namun, Dio berhadapan dengan cabaran apabila trend muzik telah berbeza. Adakah Dio dan rakan-rakan baharunya dapat meneruskan legasi Rimba Bara dengan Rimba Bara 2?

Rock 4: Rockers Never Dai is the fourth installment of the Rock film trilogy, which tells the journey of Ronnie James Dio aka Sharwani Aduha Mat Lahab who wakes up from a coma after 20 years, due to a road accident. He remembers his past with RIMBA BARA and decides to set up another band as RIMBA BARA 2 but faces tough challenges as so much has changed in the music scene. Will Dio and his new found friends be able to revive the legacy of RIMBA BARA with RIMBA BARA 2?

LEBUHRAYA KE NERAKA, 3 NOVEMBER 2021, 9.30 MALAM

Pelakon: Dato’ Awie, Khir Rahman, Shahz Jaszle, Pekin Ibrahim

Lebuhraya Ke Neraka ialah sebuah filem drama seram yang mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motosikal berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.  

Tells the story of a group of young people who love high-powered motors and love traveling cross-country. Their group name is Rentaz. When in a convoy to Betong Siam, they are abruptly taken into the underworld.

LANG BUANA, 4 NOVEMBER 2021. 9.30 MALAM

Pelakon: Azlee Jaafar, Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Saiful Apek

Ketika Gunung, Daik dan Bercabang melarikan diri daripada tuan mereka, Orang Kaya Seri Bentan, mereka terjumpa sebuah pekan bernama Lang Buana yang terletak di tepi sungai. Penduduk di situ mengalu-alukan kedatangan mereka dengan acara yang meriah sekali. Ketika mereka bertiga hairan dengan sambutan itu, barulah mereka sedar bahwa penduduk Lang Buana telah salah anggap mereka ialah putera-putera yang ditunggu-tunggu. Malahan, mereka juga diharapkan dapat menyelamatkan Lang Buana dari serangan Sang Nira! 

The story starts when Gunung, Daik and Bercabang stop at a town called Lang Buana, which is located by the river, while they are running away from their master, Orang Kaya Seri Bentan. Upon their arrival, the town folks give them a resounding welcome, making them wonder what the festivity is all about. They then realize that the villagers have mistaken them for the much-awaited princes who will save the town from being attacked by the evil Sang Nira who intends to seize Lang Buana!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Bentuk Muka Bumi & Pokok Tinggi Punca Internet Lemah,”- Tan Sri Annuar Musa

Lufya Omar Berpendapat Ramai Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial