in ,

Lufya Omar Berpendapat Ramai Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial

Lufya Omar tampil memberikan pendapat mengenai soal maruah dan aib setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumah tangga. Ianya tak perlu dipamerkan dan diluahkan di media sosial sebenarnya.

Setiap pasangan pastinya mengharapkan hubungan cinta yang dibina terus kekal bahagia dan harmoni sehingga ke akhir hayat.

Akan tetapi, jika takdir mengatakan jodoh itu tidak panjang, maka penceraian pastinya boleh berlaku buat pasangan suami isteri.

Sebagai wanita yang pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga, Lufya berkata setiap pasangan haruslah menjaga maruah antara satu sama lain dan tidak membuka aib teman hidup masing-masing.

Akuinya lagi, wanita lebih beremosi apabila ditimpa sesuatu masalah serta menghadapi  zaman media sosial yang semakin pantas berkembang pada kala ini, pastinya ada yang akan meluahkan perasaan sedih, kesakitan yang dialami di ruangan alam maya.

Ia sekaligus membuatkan seseorang itu telah membuka aib sendiri mahupun keluarga dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.

Nanti bila dia sudah meluahkan segalanya, mungkin secara sedar atau tak dia akan mengaibkan ahli keluarga dan diri sendiri. Saya dapat lihat dengan situasi yang berlaku sekarang, ramai yang bila dia tidak puas hati dia terus tulis di media sosial. Apa sahaja yang berlaku di sekeliling, mereka nak kongsi dan beritahu kepada orang ramai.

– Lufya Omar

Dia berkata demikian ketika rakaman rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 pada hari Khamis yang lalu.

Sekadar info, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada 2016 namun bercerai pada Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lana Haura yang kini berusia 2 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebuah Tribute! TV9 Siar Tayangan Istimewa Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid

Hafreez Adam Hadiahkan Kereta Baru Jenis Honda HRV, Ini Reaksi Ibunya