in

TV9 Siar 5 Telefilem Terbaik Sepanjang November

5 TELEFILEM TERBAIK SEPANJANG NOVEMBER

TV9, menerusi slot Skrin di 9, yang bersiaran setiap Rabu, 8.30 malam kembali dengan barisan telefilem tempatan terbaik sepanjang November ini. Sejak diperkenalkan pada Januari 2011, telefilem yang disiarkan mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton stesen televisyen nombor 2 Malaysia ini.

Baru-baru ini, telefilem Takbur Seorang Isteri yang telah disiarkan melalui slot ini telah meraih sejumlah 1.2 juta penonton. Lebih membanggakan lagi apabila dua buah telefilem Skrin Di 9 dicalonkan di dalam kategori telemovie terbaik di Anugerah Skrin 2011. Kedua-dua buah telefilem ini adalah Korban Kasih Abah dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang mendapat sejumlah 1.1 juta penonton. Paling menarik adalah apabila kedua-dua buah telefilem ini diulang tayang di stesen TV3, jumlah penonton meningkat ke 1.4 juta dan 2.9 juta masing masing. Ini membuktikan bahawa slot Skrin Di 9 menayangkan telefilem yang berkualiti dan relevan dengan penonton kami.

Pelakon, Pengarah, Penerbit Untuk Skrin Di 9 Bulan November

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, “Skrin di 9 membariskan telefilem tempatan terbaik yang meliputi pelbagai genre termasuk drama bercorak kekeluargaan, komedi dan romantik yang releven dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Pengisian drama ini diwarnai dengan nama-nama besar dalam arena hiburan tanahair, jalan cerita yang padat dan menghiburkan serta kualiti produksi yang bermutu tinggi. ”

Sepanjang bulan November ini, Skrin Di 9 menjanjikan telefilem tempatan terbaik dengan penulisan skrip yang berkualiti daripada pengarah yang berpengalaman serta berkaliber. Bermula dengan ‘Cik Kiah Kole Kacang’ arahan Shahrulezad Mohameddin yang merupakan pemenang Lakon TV Terbaik ASK 2010, membuka tirai semalam. ‘Kekasih Awal & Akhir,’ arahan Aaron Aziz, pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem ASK 2010 yang baru menceburkan diri dalam bidang pengarahan akan bersiaran pada 9 November. Sementara itu, tiga pengarah kreatif dan berbakat besar seperti Fairuz Loy akan memikul tanggungjawab sebagai pengarah bagi telefilem ‘Tongkah Arus Dosa’, ‘Bedah Tong Gas‘ arahan Nazir Jamaludin dan Ghaz Abu Bakar pengarah untuk ‘Si Tudung Tweet’.

Selain itu, sebagai tanda terima kasih kepada penonton TV9 di atas sokongan yang telah diberikan, TV9 akan mengadakan peraduan melalui laman sosial media kami. Peraduan yang akan berlangsung sepanjang November menawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti iPad, iPhone & iPod Touch. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi TV9 di www.tv9.com.my

”TV9 juga sentiasa memainkan peranan dalam membangunkan serta memberikan sokongan penuh kepada perkembangan seni negara. Kami sedar bahawa TV9 merupakan platform dan batu loncatan kepada anak-anak seni termasuk pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip untuk berkarya. Selain slot Skrin di 9, kami juga menawarkan drama bersiri tempatan mengikut genre masing-masing melalui slot Ratu, Aurora dan Oh Mari Gelak!. Keempat-empat slot ini adalah di bawah kempen 8.30malam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011,” tambah Sherina lagi.

Slot Ratu (Isnin & Selasa, 8.30 malam) menyediakan kandungan-kandungan tempatan khusus disasarkan untuk tontonan penonton-penonton Melayu seisi keluarga. Nilai-nilai kekeluargaan, kisah hidup masyarakat dan komuniti adalah antara elemen-elemen yang sinonim dengan slot ini. Manakala Aurora (Khamis, 8.30 malam) menyediakan kandungan drama bersiri kepada penonton sasarannya iaitu generasi muda dan masyarakat bandar yang inginkan kandungan program yang relevan dengan kehidupan hari-hari mereka. Oh Mari Gelak! (Sabtu & Ahad, 8.30 malam) menawarkan drama komedi tempatan khusus untuk tontonan seisi keluarga.

Liyana Jasmay - Pelakon Tudung Tweet

Liyana Jasmay – Pelakon Tudung Tweet

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Siti Saleha

Siti Saleha

Izzue Islam - Pelakon Tudung Tweet

Izzue Islam – Pelakon Tudung Tweet

Mengenai TV9
Sejak ditubuhkan pada 2006, TV9 telah mengembangkan sasaran kepada golongan muda bersesuaian dengan cogan kata “Di Hatiku”, TV9 juga berhasrat untuk menjadi stesen percuma nombor 2 negara dan saluran sukaramai golongan kanak-kanak. Untuk mengekalkan kedudukannya pada tahun 2011 ini, TV9 akan terus memberi focus kepada golongan muda masyarakat Melayu dan penonton di bandar tanpa melupakan penonton setia sedia ada. Ini dapat diterjemahkan menerusi penampilan yang lebih segar dengan menumpukan kepada hiburan, drama, komedi dan realiti untuk memuaskan kehendak segmen sasaran. Antara susunan menarik TV9 termasuklan Akademi Al-Quran, Idola Kecil, Berita Adik, Upin & Ipin, Dia Bukan Maryam, 3 Hari 2 Malam, Apa Saja…FBI, 6 Progresif, Hip TV, Galaksi, Chopp!! dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

James Bond Skyfall Stars Daniel Craig

Sinopsis Kekasih Awal & Akhir Lakonan Aaron Aziz Siti Saleha