in

TV9 Perkenal 12 Peserta Idola Kecil 4

12 PESERTA CILIK BERSIAP SEDIA KE PENTAS IDOLA KECIL 4

Stesen nombor 2 Malaysia, TV9, melalui program Idola Kecil kembali dengan musim keempat! Lebih dikenali sebagai IK4, 12 peserta cilik berusia lingkungan 8 hingga 12 tahun, telahpun dikenal pasti untuk menonjolkan bakat mereka menerusi program realiti hiburan kanak-kanak Nombor 1 Malaysia ini. Idola Kecil 4 akan mula menemui penonton pada 5 November 2011, Sabtu, 9.00 malam ekslusif di TV9 (Saluran 119).

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Penjenamaan TV9, Cik Sherina Nordin, ”Saya bagi pihak TV9 berasa amat bersyukur kerana permulaan program Idola Kecil musim keempat ini mendapat penerimaan yang positif serta sokongan yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Pada musim ini kami menerima lebih daripada 1,000 penyertaan ujibakat di empat buah lokasi, sekaligus merupakan rekod penyertaan paling tinggi berbanding musim-musim lalu. Kali ini, penyertaan bukan sahaja dari bangsa Melayu, malahan adik-adik yang berbangsa India dan Cina juga turut mencuba nasib mereka. Ini membuktikan bahawa Idola Kecil mempunyai pengikutnya yang tersendiri.”

TV3_9437

”Proses pemilihan sememangnya sukar kerana peserta-peserta kali ini hebat belaka. 30 peserta yang telah disenarai pendek perlu menjalani sesi ’bootcamp’ sebelum 12 peserta yang terbaik dipilih. Kesemua 12 peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang, berbeza usia, identiti dan perwatakan. Usia muda bukanlah penghalang bagi mereka untuk menempa nama dalam industri seni tanahair dan TV9 akan terus memainkan peranan dalam melahirkan generasi penghibur yang berkualiti suatu hari nanti. Apa yang penting, kami juga bukan sahaja setakat mencungkil bakat mereka, tetapi juga pelajaran mereka supaya kedua-duanya adalah seimbang,” tambah Sherina lagi.

TV3_9407

Musim keempat ini akan menampilkan 12 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Berikut adalah barisan peserta Idola Kecil 4:

1. Ahmad Marzuki B Nordin 10 Haikal Kota Bharu, Kelantan
2. Hairul Asri B Alis Sjofjan 12 Hairul Setapak, Kuala Lumpur
3. Irfan Haris B Othman 10 Irfan Skudai, Johor
4. Mohd Syafiqri B Kaharudin 10 Syafiq Kluang, Johor
5. Farisha Bt Asmadi 12 Irish Sepang, Selangor
6. Nabihah Bt Idrus 12 Abby Jasin, Melaka
7. Noor Aina Batrisyia Bt Azman 8 Trisyia Kuantan, Pahang
8. Nurfazlina Bt Ramlan 12 Nina Serendah, Selangor
9. Nurshazleen Natasha Bt Jamaluddin 11 Leen Batu Caves, Selangor
10. Sarah Elyssa Bt Khairul Fahmy 11 Shasha Bandar Enstek, Negeri Sembilan
11. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz 12 Fifa Shah Alam, Selangor
12. Sharifah Rusilmu Imani Bt Syed Hussain 11 Rusil Batu Caves, Selangor

Idola Kecil akan mula disiarkan di kaca televisyen Malaysia melalui program pengenalan pada 5 November, Sabtu, 9.00 malam. Konsert mingguan pertama akan disiarkan mulai 12 November, setiap Sabtu, 9.00 malam. Rutin seharian peserta menjalani kehidupan sebagai peserta Idola Kecil dapat dilihat secara online di laman web rasmi Idola Kecil, www.tv9.com.my/idolakecil4. Selain itu HIP TV yang bersiaran setiap Khamis, 8.30 malam akan menjadi program sokongan Idola Kecil dengan memaparkan aktiviti-aktiviti peserta-peserta. Berita Adik akan mendedikasikan slot Jumaat mereka khusus untuk paparan esklusif IK4, manakala Nasi Lemak Kopi O akan menemubual peserta-peserta pada setiap hari Ahad, 8.00 pagi – 10.00pagi.

Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

Pengalaman dan keserasian Alif Satar yang dianggap sebagai ’Abang Long’ oleh peserta-peserta Idola Kecil sebelum ini telah mengekalkannya sebagai pengacara bagi musim keempat. Sementara itu, tiga tenaga pengajar berpengalaman yang telah banyak berjasa kepada program ini juga akan terus menabur bakti mereka bagi musim keempat ini iaitu Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian). Sementara itu, juri tetap sejak musim pertama lagi iaitu Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia binti Raja Haron kini diberi tanggungjawab yang lagi berat iaitu selaku Penasihat Persembahan kepada program realiti hiburan kanak-kanak No. 1 Malaysia ini.

Cikgu Delly, Cikgu Alfa dan Cikgu Affizal

Cikgu Delly, Cikgu Alfa dan Cikgu Affizal

Idola Kecil masih mengekalkan format penilaian peserta menggunakan juri. Berlainan musim ini, proses pengadilan akan dinilai oleh barisan juri yang akan bertukar setiap minggu. Hadiah-hadiah bagi juara, naib juara dan tempat ketiga adalah wang tunai sebanyak RM 10,000, RM 5,000 dan RM 3,000 masing-masing.

Musim ini akan melihat peserta-peserta ditemani oleh pasukan Kawan 9 menjalani sesi ’busking’ atau persembahan spontan di tempat-tempat awam seperti hospital kanak-kanak, stesen lrt, pasaraya besar, dan taman tema kanak-kanak. Objektif sesi ini adalah untuk menaikkan lagi keyakinan diri peserta-peserta dalam membuat persembahan di khalayak ramai.

Idola Kecil 4 akan dihangatkan lagi dengan Hot FM sebagai Geng Radio. Hot FM juga akan memainkan peranan dalam mempromosikan kesemua bintang Idola Kecil. Selain temubual mingguan ekslusif bersama peserta-peserta, dan laporan harian terkini; Hot FM akan menawarkan hadiah wang tunai kepada pendengar mereka melalui segmen Menu Muzik. Pendengar hanya perlu menonton program Idola Kecil untuk mendapatkan kata kunci. Selain itu, Hot FM turut mempromosikan program Idola Kecil melalui laman web, facebook dan twitter mereka. Hot FM Zoomerz turut akan turun padang memeriahkan lagi musim keempat Idola Kecil dengan menawarkan barangan ekslusif Idola Kecil kepada orang ramai.

Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan IK4 serta aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh peserta-peserta ini, melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil4 atau facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4.Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK4 menerusi Geng Radio IK4 iaitu Hot FM.

Alif Satar, pengacara Idola Kecil 4

Alif Satar, pengacara Idola Kecil 4

TV3_9400

Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9

Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9

TV3_9421

12 Peserta Idola Kecil 4

12 Peserta Idola Kecil 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Now Everyone Can Fly to New Zealand AirAsiaX 8TV

Prime Suspect DIVA Universal