in , ,

Filem POLIS EVO 3 Raih Kutipan RM1.3 Juta Semasa Tayangan Awal

Polis Evo 3 Raih Kutipan RM 1.3 Juta, Benamkan Filem Antarabangsa & Mendominasi Kedudukan Pertama Carta Top 10 Filem

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah mula tayangan awal (‘sneak preview’) pada 24 Mei di pawagam seluruh negara dan berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dan berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia bagi kutipan tertinggi pada 24 Mei, sekaligus mengetepi filem antarabangsa. 

Polis Evo 3

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, 

Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini.
Kami mengharapkan berita baik ini adalah satu permulaan yang baik untuk Polis Evo 3 serta membuktikan filem tempatan masih mampu menawan hati penonton dan memberi saingan sengit buat filem antarabangsa.
Terima kasih juga kepada rakan penerbit Skop Productions dan TGV Pictures, barisan pelakon serta semua yang berusaha keras dalam meletakkan kejayaan Polis Evo 3.”

– Raja Jastina Raja Arshad
Polis Evo 3

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Polis Evo 3

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. 

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ISMAIL IZZANI

Sinopsis Drama Bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta di TV3 Lakonan Ismail Izzani

TV2 Siar Pertandingan Seni Warisan Randai di Seremban, Negeri Sembilan