in

TV2 Siar Filem Nostalgia Gerak Kilat Dan Adik Manja

Bangkit Nostalgia Dalam Slot Pilihan Jumaat Di TV2 : Gerak Kilat Dan Adik Manja

[dropcap]M[/dropcap]engisi slot Pilihan Jumaat di TV2, jam 1.30 petang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba membangkitkan nostalgia filem-filem yang masih segar di ingatan penggemar filem tanah air dan peminat setia pelakon versatile negara.

Dua filem yang dipilih ialah Gerak Kilat popular sekitar tahun 1966 yang kembali disiarkan pada 14 Disember 2012 lakonan berkesan Jins Shansuddin, Sarimah Ahmad, Salleh Kamil, Rahmah Rahmat dan Ibrahim Bachik.

Filem arahan Jamil Sulong ini antara lain menceritakan kisah Jefri Zain seorang penyiasat persendirian yang membongkar rahsia Komander Jeaman yang menubuhkan Perisik Rahsia. Jefri Zain telah mendapat beberapa gambar sebagai bukti kegiatan haram Komander Jeaman.

Malangnya Komander Jaeman kemudiannya telah mengetahui Jefri Zain mengintip pergerakkannya, dan dia berusaha mencari identiti Jefri Zain yang sebenar. Namun Jefri Zain lebih pantas membongkar rahsia kegiatan haram Komander Jaeman.

Saksikan kemudiannya filem “Adik Manja” yang telah menggondol tiga anugerah utama dalam Festival Filem Malaysia Pertama menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Skrip Terbaik dan Filem Komedi Terbaik.

Menemui penonton pada 21 Disember 2012, filem arahan Othman Hafsham ini mengetengahkan kisah seorang guru muda, Cikgu Azmi ditawarkan mengajar di sebuah sekolah perempuan. Reaksi pelajar amat menggelikan hati, kerana pertama kali guru lelaki ditugaskan di situ. Sebelum melaporkan diri, dia terjumpa dengan seorang bayi yang ditinggalkan di sebuah klinik lalu dibawanya ke sekolah itu.

Bayi itu telah menimbulkan reaksi yang melucukan di kalangan pelajar dan pengajar. Cikgu Bedah tidak senang dengan kehadiran Cikgu Azmi lalu berusaha menyingkirkan Cikgu Azmi. Cikgu Azmi mendapat bantuan menjaga bayi tersebut daripada seorang cikgu muda, Sharina dan beberapa pelajar yang lain.

Perhubungan dia antara Cikgu Azmi dan Cikgu Sharina menimbulkan gosip kononnya anak itu adalah hasil hubungan sulit mereka berdua. Dalam masa yang sama timbul masalah seorang pelajar yang cuba membunuh diri kerana kecewa dalam percintaan.

Filem diterbitkan tahun 1979 ini lakonan Dharma Harun, Noorkumalasari, Adibah Amin, Noraini Hashim dan Shasha.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mark Lee and Gurmit Singh as Taxi Drivers and Now Singers?

Review Bayview Beach Resort Pulau Pinang