in , ,

TV2 Siar Drama Bersiri Inggeris Bongkar Penyiasatan Berkaitan STALKER

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan siri Inggeris “Stalker” yang memaparkan kisah dua agen iaitu Beth Davis dan Jack Larsen dari pasukan khas ‘Threat Assessment Unit’ (TAU), Polis Los Angeles (LAPD) yang menyiasat pelbagai kes jenayah melibatkan pengintip (stalker).

Mengisi slot English Series setiap Ahad, pukul 12.00 tengah malam di TV2, dalam 20 episod siarannya, siri ini menampilkan gandingan mantap pelakon Victor Rasuk, Mariana Klaveno, Maggie Q dan Dylan Mc Dermott. Debaran penyiasatan bermula dengan Beth Davis dan Jack Larsen dari pasukan khas ‘Threat Assessment Unit’ (TAU) dari Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) membuat siasatan terhadap beberapa kes jenayah yang melibatkan stalker. Dalam insiden pertama, mereka menyiasat kes pembunuhan kejam Belle, dan mengesyaki bekas teman lelakinya terlibat tetapi sebaliknya tiada bukti lelaki itu bersalah.

Ada juga kes cubaan lelaki membunuh seorang wanita mujur dia berjalan diselamatkan. Dalam peristiwa lain, Beth dan Jack cuba memberi nasihat kepada Rick, pelajar universiti yang telah memukul teman biliknya kerana kehadirannya mengganggu fikiran dan emosinya. Berjayakah Beth mematahkan kes pergaduhan itu?

Babak Dalam Stalker

Episod ‘Whatever Happened to Baby James?’ pula dimana Beth Davis dan Jack Larsen dari pasukan khas membuat siasatan terhadap beberapa kes jenayah yang melibatkan stalker. Dalam insiden pertama, Hannah dan adiknya James, diserang oleh seorang suspek tidak dikenali.

Siasatan berjaya menahan teman lelaki Hannah namun masa sama James telah diculik. Beth dan Jack keliru memikirkan siapakah sebenarnya penculik itu hingga menemukan Judith, seorang ibu yang kehilangan anaknya sejak tujuh tahun yang lepas. Dalam peristiwa lain, Perry, seorang lelaki yang pernah dibelasah oleh Beth sebelum ini datang ke balai polis untuk minta bantuan dari Beth.

Selepas mendengar masalah Perry, Beth menasihatkan Perry untuk berjumpa dengan beberapa kawannya yang boleh membantu beliau.

Dalam tajuk ‘Manhunt’ pula Beth Davis dan Jack Larsen terlibat mengendalikan kes Cara, anak seorang anggota polis telah di tembak di kepala dalam majlis perkahwinan beliau. Kedua-duanya membuat siasatan dan berjaya menahan Paul, bekas suami wanita itu. Siasatan mendapati Paul tidak terlibat. Pada masa sama, Jimmy, bapa Cara telah cuba dibunuh di hospital.

Lelaki bertanggungjawab, Silas Martin, marah dengan Jimmy yang memecatkan beliau dari pasukan polis dan bercadang menembak Cara. Dalam peristiwa lain, Jack berjumpa dengan Amanda, bekas teman wanitanya kini berkahwin dengan Trent, anggota polis yang bertugas dengan cawangan yang sama dengannya. 

Seterusnya dalam ‘Phobia’, mereka membuat siasatan terhadap beberapa kes jenayah melibatkan Chris Powel, lelaki yang seronok melakukan keganasan terhadap wanita. Pelbagai insiden ketakutan dilakukan Chris untuk menakutkan mereka. Siasatan dilakukan dan Chris berjaya diberkas. Tajuk ‘Haunting’ pula menyiasat Glory, pelajar telah dipukul lelaki berpakaian badut.

Mereka membuat siasatan dan menahan Bobby, bekas teman lelaki Glory dan mendapati Bobby yang bertanggungjawab ke atas gangguan fizikal terhadap Glory. Jack mendapati ada bilik khas di bawah tanah rumah dan menyelamatkan Glory yang terkurung dibawahnya. Jack juga menahan Greg, pemilik rumah itu yang dianggap telah meninggal dunia sebelum ini tetapi sebenarnya bersembunyi dan telah membunuh beberapa orang sebelum ini. 

Dalam episod ‘Love is Battlefield’ berlaku di rumah Andrea, Presiden Persatuan Seni telah dirosakkan dengan tulisan grafiti didinding rumah dengan perkataan ‘penipu’ dan ‘pengkhianat’. Beth dan Jack membuat siasatan dan menahan Kenneth, bekas suaminya dan isteri mudanya Melissa yang mungkin terlibat dengan kegiatan merosakkan dinding rumah Andrea. Jack membuat siasatan lanjut dan mendapati seorang artis terlibat dalam kes itu. 

Menyusul tajuk ‘Fanatic’ kisah seorang pengintip bersembunyi di dalam rumah Nina, pelakon terkenal dan cuba membunuhnya. Beth dan Jack membuat siasatan dan mendapati beberapa pengintip mungkin terlibat dalam kes itu. Sementara itu, Emily, adik Nina dipukul oleh Robbie. Beth dan Jack menahan dia untuk siasatan seterusnya. Dalam siasatan, Beth mendapati Robbie mengalami penyakit ‘delusional disorder’ dan beliau sentiasa dikawal dan dibantu oleh ibunya. Akhirnya, Jack berjaya menahan ibu Robbie yang cuba membunuh Nina di studio televisyen. 

Episod ‘Skin’ tentang ada pihak tidak dikenali membakar sebuah pokok di rumah Mark Evan, bekas ahli kumpulan Nazi yang baru berpindah ke taman perumahan. Seterusnya, ada pihak tidak dikenali melakukan tembakan ke arah ahli keluarga Mark dan beliau terpaksa meminta bantuan dari pihak polis untuk menyelamatkan keluarganya. Beth dan Jack membuat siasatan dan menahan Chad Hewitt, bekas anak buah Mark yang masih aktif dalam kumpulan Nazi, mungkin terlibat dalam insiden tembakan itu. 

Tambah mendebarkan episod ‘Crazy For You’ pula tentang ada pihak yang tidak dikenali menceroboh dan menghantar barang misteri sebagai hadiah kepada Adam Lewis, seorang doktor psikiatri. Dr. Adam meminta polis membantu untuk mencari penjenayah itu. Jack dan Janice membuat siasatan terhadap senarai pesakit Adam dan mendapati Claudia, seorang pesakit mungkin terlibat dalam kes itu. Jack terus menyiasat dan mendapati Shelly, seorang pesakit yang bermasalah dengan minuman keras pernah menulis rencana negatif terhadap Dr. Adam. Jack dan Janice menahan Shelly untuk soal siasat dan mendapati suami Shelly yang bertanggungjawab ke atas segala permasalahan dengan Adam. 

Sementara itu episod ‘A Cry for Help’ dalam insiden pertama, Henry White, pemandu bas dan Sophia, pembantu gunting rambut telah dipukul dan dibelasah oleh pihak tidak dikenali. Beth dan Jack membuat siasatan terhadap kedua-dua serangan ganas itu. Mereka mendapati Cory James, rakan kolej Henry dan Sophia mungkin terlibat. Beth dan Jack menahan Cory dan Scott. Jack mendapati Cory telah dirogol oleh Scott semasa di kolej dan dia dibantu oleh Sophia dan Henry. Oleh itu, Cory memutuskan untuk membalas dendam dengan memukul dan membelasah mereka yang telah menganiayanya satu ketika dulu. 

Ikuti juga lebih banyak lagi episod antaranya dalam ‘Tell All’ tentang Stella dalam proses menerbitkan sebuah buku riwayat hidup beliau dan ianya mungkin membongkarkan rahsia hubungan sulit beberapa orang terkenal. Jack turut mendapati tiga orang yang hilang sebelum ini adalah watak yang terdapat dalam buku tersebut. Lalu siapakah individu yang melakukan jenayah itu? Dalam ‘Secrets and Lies’ pula tentang Will Hayes, Datuk Bandar LA menerima ancaman lelaki badut. Manakala episod ‘The News’ mengisahkan penyiasatan tentang misteri John Bardo, seorang hos televisyen menerima rakaman video di telefon bimbitnya bahawa anaknya sedang diawasi oleh seorang yang tidak dikenali. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mulan 2020 | 23

Filem MULAN Kini Boleh Dibeli di Apple TV & Google Play Movie Untuk Pengguna Malaysia

Haqiem Rusli | 24

“Doakan Kesihatan Abah Saya,” Bapa Haqiem Rusli Masuk Hospital Akibat Masalah Pernafasan