in ,

Filem MULAN Kini Boleh Dibeli di Apple TV & Google Play Movie Untuk Pengguna Malaysia

Filem Mulan adalah filem olahan semula dari filem animasi klasik Disney dengan judul yang sama.

Olahan semula ini adalah filem aksi nyata dan ia lebih dekat dengan realiti, seperti tiada rakan baik naga, tiada adegan menyanyi dan konsepnya lebih mudah untuk diterima. Filem ini sempat ditayangkan di Malaysia, tetapi pasaran luar seperti Amerika Syarikat terpaksa menyewa filem ini pada harga mencapai lebih RM100 di Disney+.

Filem ini diarahkan oleh Niki Caro yang sebelumnya pernah menggarap filem Whale Rider, filem yang agak lebih kurang sama dengan tema filem Mulan. Dalam Mulan, membariskan pelakon lain yang tak kurang hebatnya iaitu Jet Li sebagai Kaisar, Donnie Yen sebagai guru Mulan, dan Gong Li sebagai musuh. 

Mulan adalah animasi popular Disney yang mengangkat kisah perjuangan seorang gadis yang sanggup berkorban demi keluarga tercinta.

Filem ini hanya percuma (bagi pelanggan sahaja) di Disney+ menjelang hujung tahun ini. Untuk penonton di Malaysia, disebabkan Disney+ masih tiada di sini – anda boleh sewa atau beli filem ini secara digital di Apple TV atau Google Play Movie.

Di Apple TV, harga jualan adalah RM54.90. Apple turut menawarkan berkas filem olahan semula aksi nyata dan filem animasi pada harga RM89.90. untuk Apple TV, filem ini turut menyertakan iTunes Extra tanpa sebarang kos tambahan.

Di Google Play Movie pula, harga jualan adalah RM38 untuk kualiti SD dan RM56 untuk kualiti HD. Setakat ini tiada tawaran sewaan bagi filem ini untuk pasaran tempatan.

Filem MULAN Kini Boleh Dibeli di Apple TV & Google Play Movie Untuk Pengguna Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAKITNYA HATI Taruhan Pertama Kumpulan Venus

TV2 Siar Drama Bersiri Inggeris Bongkar Penyiasatan Berkaitan STALKER