in ,

“Doakan Kesihatan Abah Saya,” Bapa Haqiem Rusli Masuk Hospital Akibat Masalah Pernafasan

Bapa kepada pemenang Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-33 (ABPBH 33), Haqiem Rusli iaitu Rusli Abdul Manaf, 64, dimasukkan ke sebuah hospital akibat masalah pernafasan, semalam.

Haqiem, 22, atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia bersama keluarga masih menunggu laporan penuh daripada doktor.

“Sebelum ini tak pernah pun kena macam ini. Cuma, baru-baru ini saja dan semalam abah sesak nafas dan terus dibawa ke hospital.

“Alhamdulillah, sekarang abah sudah okay sikit. Cuma, laporan penuh kesihatan belum dapat. Apa pun, saya mohon daripada semua untuk mendoakan kesihatan abah saya.

“Insya Allah, saya juga berharap kesihatan abah baik-baik saja dan tidak ada yang serius. Semoga abah cepat sembuh dan keluar hospital,” katanya.

Terdahulu, Haqiem yang juga pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular pada ABPBH 33 berkongsi perkara itu di Instagram Stroy.

“Minta doa yang baik-baik saja untuk abah,” katanya.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Diffie Gambar Hiasan | 23

TV2 Siar Drama Bersiri Inggeris Bongkar Penyiasatan Berkaitan STALKER

Fieya Julia | 24

KITAK KAROK BAH Perkenal Artis Borneo Berbakat di TV Okey