in

Tunku Nashrul & Nur Affiza Azmi Galas Tugas Baca Berita Global TV9

Bersifat Young and Fresh, TV9 akan melebarkan skop beritanya ke persada dunia di tahun 2017 ini. Bermula 3 Febuari 2017, program berita antarabangsa, Global akan bersiaran langsung dari Studio D, Sri Pentas, Bandar Utama, setiap Jumaat jam 11 malam.

Global akan melaporkan berita antarabangsa selain berita mutakhir (breaking news) dunia dari sudut positive journalism yang memberi motivasi dan inspirasi. Bagi menggalas tugas ini,TV9 menampilkan penyampai berita muda, Tunku Nashrul Tunku Abaidah dan Nur Affiza Azmi.

TENGKU NASHRUL / NUR AFFIZA / GLOBAL / TV 9

TV9 Mendukung Era Globalisasi

Sudut berita dan sumber berita dalam Global TV9 ini juga berlainan daripada Berita TV9. Global TV9 turut membuat rangkuman mingguan perkembangan berita tergempar dunia secara kronologi seperti kes MH17, pelantikan pemimpin dunia atau bencana alam dunia.

Menurut Pengarang Eksekutif Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali, Global juga akan memberi peluang kepada penonton mendapatkan gambaran peristiwa dunia daripada sudut pelaporan agensi berita Amerika Syarikat dan Eropah.

“Selain agensi berita dan wire service biasa seperti Reuters dan AFP. Bagi memberikan berita dunia dari perspektif Asia dan dunia Islam, Global turut mendapatkan berita dari agensi berita Asia dan Timur Tengah termasuk Palestine TV, Xinhua dan laporan berita secara langsung dari NGO antarabangsa yang neutral,” katanya.

WAN SABARIAH / GLOBAL / TV 9

Selain itu, Global bakal menampilkan tetamu antarabangsa di studio dan menghubungi wakil berita Malaysia di luar Negara.

Global merangkumi empat segmen utama. Segmen pertama memaparkan berita tergempar dan mutakhir dunia, berita kemanusiaan dan kanak-kanak. Segmen kedua pula mengetengahkan berita dari zon krisis, peperangan atau sempadan, manakala, segmen ketiga akan memaparkan berita hiburan luar negara seperti K-Pop, Bollywood, Hollywood dan juga berita menular di media sosial. Segmen yang keempat dan terakhir pula akan melaporkan berita sensasi sukan luar negara.

GLOBAL / TV 9

MENGENAI TV9
TV9 merupakan satu daripada empat stesen percuma (free-to-air) milik syarikat media terbesar di negara ini, iaitu Media Prima Berhad sejak 23 September 2005. Stesen ini telah menemui penonton pada 22 April 2006. Stesen ini unik kerana sasarannya ialah kepada penonton muda Melayu dalam kumpulan umur 15 – 29 tahun yang progresif, canggih dan berfikiran jauh atau lebih dikenali dengan gelaran Young Fresh Mass Malays (YFM).

Program-program yang ditawarkan mengetengahkan pelbagai pengisian dan memberi pilihan kepada generasi muda untuk berinteraksi, mendapat maklumat dan berhibur. Kelainan gaya dan pendekatan TV9 menjadikannya stesen TV yang kedua popular di negara ini selepas TV3. Dalam menampilkan kehidupan moden tetapi progresif, nilai keagamaan yang kuat dan tradisi seni budaya yang berkualiti, TV9 menjadi pilihan generasi moden.

Kepada penonton di Sabah dan Sarawak, TV9 dapat ditonton menerusi, saluran berbayar 119.

PROFIL PENYAMPAI

TENGKU NASHRUL / NUR AFFIZA / GLOBAL / TV 9

Tunku Nashrul

Tunku Nashrul Abaidah merupakan seorang anak jati Kedah, yang dilahirkan dan dibesarkan di Alor Setar sejak tahun 1989.

Beliau mula didedahkan dengan industri media apabila mengikuti pengajian Diploma Komunkasi dan Media serta Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan di UiTM.

Beliau turut melanjutkan pengajian bagi mendapatkan Ijazah Sarjana dalam bidang International, Online and Sports Journalism dari Universiti of Salford, United Kingdom.

Sebelum ini Tunku Nashrul merupakan wartawan dan pembaca berita di sebuah stesen berita 24 jam tempatan.

NUR AFFIZA / GLOBAL / TV 9

Nur Affizza Azmi

Nur Affizza Azmi dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur sejak tahun 1987.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang jaya.Sekolah Menengah pula di Sekolah Menengah Perempuan St.Mary Kuala Lumpur. Setelah tamat tingkatan lima, beliau menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam jurusan Teaching English as a Second Language (TESL) di Uitm. Beliau didedahkan dengan industri media apabila mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda kewartawanan di Universiti South Australia, Adelaide, Australia.

Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerja sebagai guru bahasa Inggeris sambilan di Sekolah Rendah Selayang Utama. Beliau juga aktif dalam bidang peragaan. Beliau mula medapat pekerjaan tetap sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Malaysia International Fashion (MIFA).Beliau juga aktif dalam mengacarakan majlis-majlis keramaian dan korporat.Nur Affizza juga pernah menjadi hos jemputan dalam rancangan berbahasa Inggeris, Bella di NTV7 ketika beliau menjalani latihan industri di Media Prima Berhad.

Beliau meneruskan penglibatan beliau dengan industri media apabila menjadi wartawan,penolong penerbit dan penyampai berita TV9.Selain banyak terlibat dalam laporan lintas langsung (live cross-over), beliau juga diberi peluang untuk mengacarakan beberapa program yang dianjurkan oleh berita Tv9.Antaranya:

-Program Khas Persidangan UMNO (2015 & 2016)
-Imbauan (2014,2015,2016).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tara HD Perkenal Tiga Rancangan Bollywood

Telemovie SALING Lakonan Amyza Adnan Sarat Mesej