in ,

Tara HD Perkenal Tiga Rancangan Bollywood

Peminat Bollywood bakal disajikan dengan hiburan terbaik Bollywood setiap Ahad menerusi rancangan Bollywood Express, Sensation SRK dan Bolly Stage

Astro Tara HD bakal membawakan hiburan terbaik hindi khas buat para peminat menerusi tiga buah rancangan terbaharu iaitu Bollywood Express, Sensation SRK dan Bolly Stage pada setiap Ahad mulai 29 Januari 2017.

Tara HD

Dr. Rajamani Chellamuthu, Naib Presiden Kanan, Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro berkata, “Di Astro, kami komited dalam membawakan kandungan terbaik buat penonton. Pada tahun lepas, kami telah melancarkan Tara HD, saluran pertama yang menyajikan hiburan hindi selama 24 jam di Malaysia untuk memberi pelbagai seleksi kandungan hiburan Bollywood. Pada hari ini, kami bawakan tiga rancangan terbaharu yang pastinya menjadi hadiah istimewa buat peminat Bollywood,”.

Bollywood Express (Setiap Ahad, 7.00pm) -13 episod

Berdurasi selama 30 minit, Bollywood Express menampilkan selebriti Melayu popular yang merupakan peminat tegar Bollywood. Para selebriti akan melakukan lakonan semula, tiru gaya, menyanyi dan berkongsi apa sahaja mengenai Bollywood termasuklah bintang pujaan mereka. Antara selebriti tempatan yang terlibat adalah Datuk Jalaluddin Hassan, Siti Nordiana, Azad Jasmin, Nubhan, Dewi Liana, Seriestha, Firman, Abby Yus, Miera Liyana, Najwa P.Ramlee, Erra Fazira, Amyra Rosli, Amar Bahrin, Shamil, Ernie, Tegar, Fauziah Latiff dan Marsha Milan Londoh.

Bolly Stage (Setiap Ahad @ 6.30 petang) – 8 episod

Bolly Stage merupakan program yang terbaik untuk pencinta muzik Bollywood bagi turut menyanyi bersama penyanyi kegemaran mereka dan menikmati karya muzik luar biasa yang tidak pernah dialami sebelum ini selain penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik selama 30 minit bersama Abhijeet Bhattacharya, Palak Muchha dan Armaan Malik dalam episod-episod tertentu.

Sensation SRK (Setiap Ahad @7.30 petang) – 13 episod

Sensation SRK akan membawa penonton melayari kehidupan salah seorang bintang paling popular dan berkarisma dalam dunia hiburan Bollywood, iaitu Shahru Khan. Program ini bakal memaparkan kisah kehidupan bintang tersebut dari awal penglibatannya dalam dunia seni hingga menjadi bintang Bollywood terkenal. Antara babak menarik yang dapat disaksikan menerusi rancangan ini adalah termasuk kekika beliau bergelar seorang pelajar, kemudian menjinakkan diri dalam pementasan teater, selain turut memaparkan kisah cinta beliau bersama Gauri, kisah pengorbanan dan kepayahan hidup di Mumbai dan kisah hubungannya bersama beberapa bintang terkenal serta jatuh bangkit kerjayanya di dalam dunia hiburan ini.

Pelanggan NJOI juga boleh saksikan TARA HD dengan melanggan pada harga RM7 untuk 3 hari, RM10 untuk 7 hari dan RM25 bagi tempoh 30 hari. Selain itu, Tara HD juga boleh disaksikan oleh pelanggan Astro menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) dengan saluran berdefinisi tinggi (HD). Langganan AOTG ini adalah termasuk di dalam pakej Super Pack Plus, Super Pack, Multi room, Sports Pack dan Value Pack tanpa sebarang caj tambahan dikenakan. Manakala bagi pelanggan Astro dengan pakej yang lain, ianya boleh dibeli pada harga RM10.60/sebulan.

Untuk melanggan Astro dan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838.

Tara HD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malique Duet Bersama Dayang Nurfaizah dalam Lagu PEJAMKAN MATA

Tunku Nashrul & Nur Affiza Azmi Galas Tugas Baca Berita Global TV9