in ,

Hazama Persembahkan TUNGGU AKU DATANG Untuk Drama AMMAR DAN OPIE

Bekas Juara Akademi Fantasia Hazama kembali dengan karya terbaru yang cukup mendayu-dayu sesuai dengan penceritaan dalam drama yang disiarkan di kaca TV. Korang jangan lupa tonton!

Bukan lagi nama asing dalam industri muzik tempatan, pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama merupakan salah seorang penyanyi lelaki terbaik di Malaysia masa kini.

Berbekalkan bakat yang dicungkil lewat program realiti Akademi Fantasia sekitar 12 tahun yang lalu, Hazama telah berjaya mengukir namanya sendiri dalam arena seni suara tempatan.

Dan setelah agak lama tidak merakamkan lagu, penyanyi bervokal unik itu kembali dengan sebuah karya yang pasti akan mencuri perhatian pencinta dunia muzik tanah air.

Hazama - Tunggu Aku Datang

Kali ini Hazama muncul dengan sebuah lagu berjudul ‘Tunggu Aku Datang’ yang juga merupakan lagu tema untuk sebuah drama bersiri baru yang berjudul ‘Ammar dan Opie’.

Lagu yang dicipta oleh penyanyi dan komposer popular, Tam Spider ini mendapat sentuhan Keon selaku penulis lirik dan mengetengahkan muzik berkonsep Pop Balada.

Video lirik dan muzik lagu ‘Tunggu Aku Datang’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Malah, lagu ini memang diciptakan khas untuk Hazama, bersesuaian dengan vokal dan juga imej yang dibawa oleh penyanyi tersebut.

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Hazama ini mampu mengubati rindu para peminatnya yang sudah lama tidak disajikan dengan persembahan muzik yang hebat daripada penyanyi tersebut.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Kehebatan vokal Hazama sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Lunak suara dan gaya nyanyian beliau pastinya akan memukau setiap persembahan. Bukan itu sahaja beliau merupakan penyanyi versatile yang boleh membawakan apa jua genre muzik. Jadi saya harapkan agar ‘Tunggu Aku Datang’ ini dapat memberikan impak lebih terhadap industri muzik tempatan.”

Lagu ‘Tunggu Aku Datang’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Hazama - Tunggu Aku Datang

Artis : Hazama
Tajuk : Tunggu Aku Datang
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : Keon

LIRIK TUNGGU AKU DATANG

Kau ada di dalam kalbuku
Hadirkan aku rasa
Titisan cintamu sebenar..

Dan ku cuba menikmati rindu
Yang penuh keindahan
Meniti kesucian cinta

Tungguku datang…
bersama satu lamaran..
Kau dan aku sayang…

Kaukan ku belai selamanya..
Tidurlah kasih dengan tenang..
Air mataku titis bukannya aku
Tertewas.. hanya menanti
Saat bersatu…

Sedikit kasih yang ku curah
Terlalu banyak kau membalas
Bagai laut cahaya
Menutupi segalanya
Tubuhku yang kerdil hina..

Hazama - Tunggu Aku Datang

HAZAMA SINGS ‘TUNGGU AKU DATANG’ FOR UP-COMING DRAMA SERIES ‘AMMAR DAN OPIE’

Former Akademi Fantasia winner returns with latest offering

No stranger to the local music scene, Hazama Ahmad Azmi or better known by his fans as Hazama is undoubtedly one of the best male singers in Malaysia right now.

With a load-full of talent discovered through the hit reality TV show Akademi Fantasia some 12 years ago, Hazama has succeeded in carving his name in the local entertainment arena.

And after a short hiatus from releasing new singles, the man with the inimitable vocals returns with an offering that is bound to steal the attention of music lovers nation-wide.

This time Hazama brings forth a new song called ‘Tunggu Aku Datang’ which will also be the theme song for an up-coming drama series titled ‘Ammar dan Opie’.

The Pop Ballad tune which was composed by renowned singer and composer, Tam of local band Spider, also received the touch of Keon who penned the lyrics.

In fact the song was specifically tailored for Hazama, whose vocals and image lives up to the track’s sound and style.

Rocketfuel Entertainment is confident that Hazama’s latest offering will be a wonderful surprise for his fans who may have long missed his beautiful songs and music.

According to Feros, the Music Label Head of Rocketfuel Records,

“Hazama’s vocal prowess speaks for itself. His voice and singing style is bound to captivate audiences in every single performance. Furthermore, he is also a versatile singer who can sing any type of music. So I truly hope that ‘Tunggu Aku Datang’ will create an impact in the local music scene.”

‘Tunggu Aku Datang’ can be downloaded on iTunes and is also available as a ringtone from all local telcos. It can also be streamed online on Raku, Spotify, Joox and Apple Music.

The music video can also be viewed Rocketfuel’s Youitube Network.

Hazama - Tunggu Aku Datang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri TASBIH RINDU

Qaidzul Perkenalkan Diri Dengan TAK PERLU UNGKAPKAN