in ,

Sinopsis Drama Bersiri TASBIH RINDU

Isu kekeluargaan dan garapan konflik yang meruntun perasaan menjadi inti pati utama kepada drama bersiri “Tasbih Rindu” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM)mulai 25 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1. 

Menampilkan gandingan pelakon Shah Jaszle, Josiah Hogan, Mardiana Alwi, Hafidzuddin Fazil dan Dr Nora Hendon Faeizah menariknya ia turut diserikan kemunculan pelakon kanak-kanak Habiel Luttfillaah yang memegang peranan besar dalam menyuntik keinsafan seorang pemuda kembali ke jalan yang benar dengan mengamalkan ajaran Islam.

poster Tasbih Rindu

Keinsafan Seorang Pemuda Drama Bersiri TASBIH RINDU di TV1 

Cerita bermula apabila Ryan diculik sekumpulan penjenayah Sani, Mamat dan Siva. Ryan dikurung di dalam sebuah rumah kosong di sebuah kawasan yang terpencil sementara menunggu untuk mendapatkan wang tebusan daripada keluarganya. Ibu bapa Ryan, Dato Jamil dan Datin Kathy tidak keruan dan cemas apabila menerima panggilan daripada Sani supaya menyerahkan wang tebusan berjumlah RM1juta dalam masa 24jam untuk membebaskan anak mereka. Sarah kekasih Ryan muncul buat kali pertama dalam rumah ibu bapa Ryan.

Keluarga Ryan masih buntu dalam usaha membebaskan Ryan dari penculik. Usaha Aiman anak Dato Mansur berhasil apabila mendapatkan CCTV rakaman kejadian dan berusaha menjejaki penculik.

Sani mengarahkan Mamat dan Siva menunggu di lokasi di mana penghantaran wang tebusan akan dibuat. Pada masa sama, Sani belot dan mengarahkan Dato Jamil menghantar wang tebusan di lokasi lain. Mamat dan Siva yang hampir ditangkap polis cuba menghubungi Sani tetapi gagal. Sani bagaimanapun dapat menipu Dato Jamil untuk menyerahkan wang tetapi tidak menyerahkan Ryan. Pada masa sama, Ryan Berjaya melarikan diri dari penculiknya. Ryan tercedera sewaktu melarikan diri dan diselamatkan tanpa di ketahui oleh siapa.

Sani berjaya menjejaki Ryan namun dapat diselamatkan. Mamat dan Siva dalam pada itu mengesyaki Sani telah memperdayakan mereka kerana tidak menghubungi serta tidak menceritakan tentang keadaan yang berlaku. Suri yang mneyelamatkan Ryan cuba mengubati luka kecederaan Ryan dan mula menunjukkan minat terhadap Ryan. Keadaaan di rumah Dato Jamil bertambah cemas apabila kelibat Ryan mahupun penculik tidak dapat di kesan.

Dato Jamil berkeras kepada Sani yang dia akan hanya menyerahkan wang tebusan baru sekiranya Sani menyerahkan Ryan kepadanya. Sani membawa Ryan keluar dari rumah dan ditinggalkan di pinggir hutan sementara beliau mendapatkan bantuan rakannya Samat. Belum sempat Sani berbuat apa-apa, Mamat dan Siva telah berjaya menangkapnya dan kemudian mengurungnya di sebuah rumah tinggal. Samat yang tidak mempercayai kata-kata Sani terus menderanya. Ryan yang ditinggalkan di hutan akhirnya diselamatkan seorang budak lelaki dan ibunya. Manakala Dato Kamil buntu kerana tidak dapat menghubungi Sani.

Datin Kathy bagaikan putus harapan untuk mendapatkan Ryan semula. Mak Mah cuba menenangkannya. Mamat pula terus mendera Sani untuk mendapatkan wang tebusan yang disimpannya. Sani cuba memujuk Siva melepaskannya ketika Mamat meninggalkan mereka berdua tetapi gagal. 

Di rumah, Ryan yang dengkel agama mula terkesan dengan Afeef yang walaupun baru berusia 7 tahun cuba membimbingnya untuk membaca Iqra dan bersolat. Ryan jua berasa kasihan kepada Suri, seorang ibu yang penyayang. Sarah yang bertandang ke rumah Dato Jamil cuba memberitahu sesuatu mengenai Ryan.

Di rumah Dato Jamil, Sarah bercerita perangai buruk Ryan suka berjudi dan meminjam wang Along. Bagi menenangkan fikiran Dato Jamil cuba mendekati diri dengan Tuhan. Mamat dan Siva pula membawa Sani ke rumahnya untuk mengambil wang tebusan yang di beritahu Sani di tinggalkan di rumah. Melangnya Sani melarikan diri. Di rumah Suri, Ryan yang semakin sihat lebih berjinak dengan agama dan membantu Suri meringankan beban kewangan dengan menyerahkan jam tangannya untuk dijual.

Suri dapat berita daripada Kak Eton yang Jidin ternampak mayat Sani di hutan tetapi apabila orang lain memeriksa di dapati mayat berkenaan telah hilang. Sejak itu Suri seperti tidak keruan. Dato Jamil pula dimaklumkan pihak polis telah menemui Siva dan kini sedang koma di hospital. Berita ini memberi harapan kepada keluarga Dato Jamil terutama isterinya Datin Kathy yang anaknya akan dapat diselamatkan. 

Sani tiba-tiba muncul di rumah dan mengheret Ryan keluar dari rumah. Ketegangan berlaku apabila dalam masa yang sama Mamat juga tiba dan mengugut Sani dengan pistol dan meminta dia menyerahkan wang tebusan. Sani terpaksa mengikut perintah Mamat dan ketiga-tiga mereka bergerak keluar dari rumah. Dalam perjalanan Ryan yang pengsan ditinggalkan di dalam hutan.

Ryan yang ditinggalkan di hutan kerana disangka telah mati berjaya kembali ke rumah Suri. Sementara itu berita Sani menculik Ryan mula tersebar di media dan diketahui orang kampung. Dato Jamil banyak menghabiskan masanya di masjid dan merasa kesal kerana layanannya terhadap Ryan selama ini. Sementara Sani pula gagal meyakinkan Mamat yang duit tebusan yang diterima telah hilang terus didera dan Mamat akhirnya mengikatnya di sebatang pokok dan meninggalkannya.

Mamat kembali ke rumah Sani dan mengancam Ryan dengan pistol dan diarahkan untuk mengikutnya. Kehilangan Ryan mengecewakan Afeef dan akhirnya dia jatuh sakit. Polis akhirnya berjaya menangkap Sani dan Mamat dan Ryan dibebaskan. Buat pertama kali setelah sekian lama Dato Jamil mendakap Ryan dan memohon maaf atas tindakannya terhadap Ryan selama ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu di Konsert GEGAR VAGANZA 5 Minggu Pertama

Hazama Persembahkan TUNGGU AKU DATANG Untuk Drama AMMAR DAN OPIE