in , ,

Tunai Impian Sebelum Bernikah dengan Nabil, Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Rumah

Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor kepada ibunya, Rohana Mohamed. 

Menunaikan hasrat terpendam sebelum mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menghadiahkan ibunya sebuah rumah.

Ayda berkata, hadiah istimewa yang diberikan kepada ibunya adalah salah satu impian yang ingin dicapai sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan pengacara Nabil Mahir tahun depan. 

Ayda Jebat

“Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah,”

– Ayda Jebat
Ayda Jebat

Menurut Ayda, dia berharap dan mendoakan supaya semua orang dapat membahagiakan orang tua masing-masing selagi mereka masih bernyawa.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.

“Mama selalu hubungi dan pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’

Sebenarnya, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. Saya cintakan mama.

Saya akan selalu menjaga dan membahagiakan mama, walaupun saya dah kahwin nanti,”

– Ayda Jebat

Tambah pelakon filem Pinjamkan Hatiku ini lagi, dia menaruh harapan yang tinggi dan sentiasa berdoa agar semua pihak dapat membahagiakan ibu bapa masing-masing selagi mereka masih bernyawa.

Sebelum ini, Ayda mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari tahun hadapan.

Ayda Jebat
Ayda Jebat

What do you think?

24 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nabila Razali Tak Dapat Perform di Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Netizen Meneka Siapa Pengganti

“Jika Tiada Halangan…” Safawi Rasid Bakal Beraksi Menentang UD Leiria